Dengan angka kematian yang terus meningkat setiap kali dihitung.  Pegawai perubatan di sana berkata, seramai 38,044 orang meninggal dunia di Turki dan 3,688 lagi di Syria susulan gegaran 6 Februari lalu, menjadikan jumlah yang disahkan maut meningkat kepada 41,732 orang.

YM dengan bantuan Yayasan Amal Kampung Maghfirah dan Hayat Yolu, iaitu NGO di Indonesia dan Turkiye kini giat mengagihkan bantuan buat mereka yang terselamat dari bencana gempa bumi di sana.

Bantuan yang diagihkan berbentuk tilam, selimut, dan pek makanan. Bantuan ini disampaikan di Kırıkhan, Wilayah Hatay.

Keadaan pilu setiap yang tersayang apabila segalanya hilang sekelip mata. Pelbagai cerita menyarat hati terpendam di setiap yang terselamat.

terdapat banyak cerita mengenai harapan yang musnah untuk menyelamatkan orang tersayang yang mati perlahan-lahan dalam runtuhan kerana bantuan lambat sampai.

 

Hasan Irmak melihat lima ahli keluarga – termasuk anak perempuannya Belinda yang berusia enam tahun, tertanam di bawah rumahnya yang runtuh di bandar sempadan Syria, Samandag. “Dia masih hidup selama dua hari. Saya bercakap dengannya dalam runtuhan. Kemudian dia kehilangan semua tenaganya. Pada hari ketiga, dia mati. Bantuan tiba pada hari keempat,” kata lelaki berusia 57 tahun itu mengenai anak perempuannya. Ketika ini, harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar.