siapa kami

Skuad Kita Bantu

Pengenalan

Sukarelawan Skuad Kita Bantu Mula diperkenalkan pada tahun 2020. Idea ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Tagline YM iaitu “Wadah Dakwah Anda”.

YM kini telah mempunyai ahli SKB di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu juga, YM telah menubuhkan SKB Mesir iaitu dibawah kelolaan YM Mesir.

Kelebihan

  • Baju Skuad Kita Bantu Official Percuma.
  • Membina rangkaian kenalan.
  • Mendapat perlindungan insuran sepanjang program.
  • Makanan dan minuman disediakan.
  • Pengangkutan disediakan.
  • Tempat tinggal disediakan sekiranya misi melebihi 1 Hari.
  • Sijil penyertaan disediakan.
  • Kem-kem bermodul sepanjang tahun di lokasi menarik.
  • Pengalaman menguruskan dan terlibat dalam misi bantuan.
  • Menyantuni penerima bantuan/mangsa bencana.
  • Memupuk sifat bersyukur dan nilai-nilai lainnya.

Sumbangan SKB

Team Skuad Kita Bantu Menjadi sukarelawan YM tidak tertakluk pada membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir sahaja. Team SKB boleh juga membantu dalam sesi agihan bantuan, sesi agihan daging korban ketika Raya Aidiladha, menjadi fotographer untuk program, dan sebagainya. Ini membolehkan ahli SKB berfikiran secara terbuka mengikut kepakaran dan keperluan sedia ada. 

Pendataran

Untuk mendaftar sebagai sukarelawan kami, anda boleh klik “Daftar Sekarang” di bawah. Pelbagai aktiviti dan bantuan yang akan kami adakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Seterusnya, Anda akan dimasukkan ke dalam group telegram kami, ikuti perkembangan dan berita terkini misi YM. Anda juga boleh memaklumkan keadaan semasa di lokasi anda. Tunggu apa lagi? ” Klik Daftar Sekarang”

Untuk sebarang persoalan dan info tambahan tentang SKB boleh diajukan kepada pegawai kami di talian

+6013 4201193 (Cik. Syafawani)

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!