Colombo – Kerajaan Sri Lanka akan membeli baja yang mencukupi untuk penanaman pada musim akan datang sebagai ikhtiar meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan.
Krisis ekonomi Sri Lanka yang berterusan memaksa rakyatnya beratur panjang untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti bahan api, gas memasak, makanan dan ubat-ubatan. Situasi itu diburukkan lagi apabila kebanyakan barangan diimport dari luar negara dan negara itu pula diambang muflis.
Bekalan petrol, diesel dan baja yang terhad menyukarkan petani untuk menanam tanaman, manakala sektor pertanian masih tidak menentu berikutan dasar organik yang merugikan, yang menjejaskan hasil pada tahun lalu. Ia juga terkesan pada seluruh rakyat di sana, untuk bergerak kerana bekelan petrol yang terhad.
Kerana itulah, Yayasan Maghfirah memberi satu inisiatif iaitu dengan mengadakan korban luar negara salah satunya negara Sri Lanka. Dengan cara ini, kita dapat membantu asnaf disana dengan memberikan daging korban.