siapa kami

Timur Semenanjung, barat Sarawak dan utara Sabah dijangka alami hujan lebat hingga Februari

Timur Semenanjung, barat Sarawak dan utara Sabah dijangka alami hujan lebat hingga Februari

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan, fenomena La Nina yang sedang melanda negara ketika ini, akan berterusan sehingga Februari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan, fenomena La Nina yang sedang melanda negara ketika ini, akan berterusan sehingga Februari ini. METMalaysia dalam kenyataannya, berkata kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El-Nino Southern Oscilation (ENSO) adalah La Nina.

Menurut METMalaysia, dua daerah di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan dijangka menerima hujan melebihi purata iaitu di antara 450mm hingga 600mm.

Menurut ramalan, taburan hujan dijangka melanda negeri di Semenanjung dengan paras purata sebanyak 100 mm hingga 350 mm ini akan berlarutaan hingga Mac 2023. Keadaan ini disebabkan oleh negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut sejak November lalu dan dijangka berakhir pada Mac depan,” katanya.

Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Luruan monsun dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut Cina Selatan.

Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan utara Sabah.

YM kini sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk sebarang kemungkinan bencana. Minggu lepas, Yayasan telahpun turun ke Kelantan dan Terengganu bagi membantu pembersihan dan agihan keperluan asas. 

Sebagai tanda sokongan, anda boleh menjadi sebahagian dari ahli Skuad Kita Bantu dan boleh menyumbang untuk Tabung Kecemasan Bencana. Selain itu juga, anda boleh menyumbang dalam penajaan Maghfirah Meal untuk mangsa-mangsa bencana di Seluruh Malaysia. Semoga setiap yang dilakukan kita diberikan Pahala yang besar dan berpanjangan di sisi Allah.
Selain itu anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa di sosial media kami.

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!