Yayasan Maghfirah

Taja Iftar Asnaf Serendah RM10 & Seikhlas Hati

Untuk bersedekah, seseorang tak perlu menunggu kaya terlebih dahulu. Sebaliknya, menyumbang semampu dan seikhlas mungkin.
Walaupun mungkin jumlahnya kecil, tetapi pada orang lain ia memberikan makna yang besar!
Jadilah sebahagian orang yang berebut-rebut melakukan kebaikan untuk mengejar Ramadhan.
Semakin bertambah tahun, semakin tinggi kualiti ibadah pada bulan suci ini.
Hanya serendah RM10, kita dapat memberikan makanan kepada orang yang berpuasa.
Sebaik-baik kebajikan adalah dengan memberi makan kepada orang lain.
Bayangkan bagaimana besarnya pahala orang yang menyumbang untuk memberikan makanan kepada orang yang kelaparan.
“Tiga perkara siapa pun yang ada padanya, kelak akan dinaungi oleh Allah di bawah arasy-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Iaitu, berwuduk pada waktu cuaca dingin, mendatangi masjid meskipun gelap dan memberi makan orang yang kelaparan”.
Ayuh, sertai kami berbuat kebaikan dengan menyumbang kepada Iftar Asnaf. Alangkah beruntungnya kita dapat memberikan sesuap nasi kepada golongan asnaf.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *