siapa kami

INFAQ PEMBELIAN BANGUNAN PERTIS

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Pembelian Premis Pertis

Objektif utama kempen ini adalah mengumpulkan dana untuk memperkasakan golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia. Projek ini akan memberikan fokus kepada pembelian premis operasi dan pentadbiran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

 

Pada tahun 2022 ini PERTIS telah beroperasi selama 27 tahun, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kerohanian Islam OKU Penglihatan. Dengan keupayaan yang sedia ada, PERTIS menjalankan aktivitinya dan terus tersebar luas hinggalah ke seluruh pelusuk tanah air sama ada melalui Pertis Pusat atau cawangannya. Perkembangan pesat Pertis pada hari ini meletakkan keperluan kepada prasarana yang lebih baik, bagi memenuhi keperluan komuniti OKU Penglihatan pada masa hadapan. Pada awal operasi sehingga tahun 2015, pihak PERTIS hanya menjalankan operasinya di satu unit pejabat di No. 32A, Jalan 6/211D, Taman Ibu Kota, Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Berikutan penambahan operasi dan peningkatan keperluan penerbitan, pada Julai 2015, pihak PERTIS telah pun menambahkan satu lagi pejabat operasinya di 42A, jalan Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur.

 

Dengan perkembangan pesat operasi PERTIS OKU Penglihatan, keperluan kepada premis yang mempunyai ruang yang lebih besar amat diperlukan bagi menampung keperluan operasi. Kedudukan premis yang terpisah ini amat menyukarkan kakitangan dan OKU Penglihatan untuk berurusan dengan pihak PERTIS dan menelan kos yang tinggi. Penyatuan operasi-operasi PERTIS di dalam satu bangunan adalah amat mustahak agar pentadbiran dan operasi PERTIS menjadi lebih efisyen dan dapat meminimumkan kos pengurusan. Ruang pejabat yang kecil menyebabkan pihak persatuan terpaksa menyewa premis lain terutama apabila menjalankan program yang melibatkan OKU Penglihatan yang ramai. Pada masa yang sama pertimbangan kepada kos termasuklah sewaan dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Oleh itu, keperluan untuk memiliki premis sendiri adalah amat mendesak.

 

Pihak Yayasan Maghfirah turut meletakkan satu ciri-ciri tetap bagi pemilihan premis PERTIS. Antaranya adalah premis tersebut didirikan di lot bangunan 4 tingkat. Lokasinya berdekatan dengan kemudahan awam yang baik dan mudah diakses oleh OKU Penglihatan. Selain itu, Ruang dalm premis yang bersaiz besar iaitu 1739.943 kaki persegi bagi setiap tingkat. Terdapat 4 tingkat termasuk tingkat bawah dan setiap tingkat di bahagikan mengikut pejabat tertentu. ANtaranya adalah tingkat bawah adalah dewan untuk perlaksanaan program, tingkat 2 untuk Pejabat Pentadbiran dan ‘One Stop Centre’, tingkat 3 adalah Pusat Penerbitan dan Perpustakaan dan akhir sekali tingkat 3 menempatkan bilik kuliah untuk kelas pengajian OKU Penglihatan Islam. Premis PERTIS ini akan dimanfaatkan oleh kakitangan PERTIS, ahli-ahli PERTIS dan OKU Penglihatan di seluruh Malaysia.

 

Tujuan pihak Yayasan Maghfirah membeli bangunan adalah untuk meminimumkan perbelanjaan PERTIS bagi menampung kos sewa yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ia juga bertujuan untuk menambahkan kecekapan keseluruhan petadbiran PERTIS apabila berada di bawah satu bumbung. Akhir sekali, pembelian bangunan PERTIS ini adalah untuk melaksanakan lebih banyak program bagi manfaat ahli kerana mempunyai premis atau bangunan yang lebih besar dan juga meningkatkan imej PERTIS dalam kalangan OKU Penglihatan dan masyarakat. Namun jika projek ini tidak berjaya maka pihak Yayasan MAghfirah terpaksa menanggung kos sewaan jika memiliki bangunan sendiri walhal kos tersebut boleh dimanfaatkan untuk program-program OKU Penglihatan di seluruh Malaysia.

Gambar :

Objektif :

Mengumpulkan dana untuk memperkasakan golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia. Projek ini akan memberikan fokus kepada pembelian Premis operasi dan pentadbiran Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Keperluan :

  • Meminimumkan perbelanjaan PERTIS bagi menampung kos sewa yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

  • Menambah kecekapan keseluruhan pentadbiran PERTIS apabila berada dibawah satu bumbung.

  • Melaksanakan lebih banyak program bagi manfaat ahli kerana mempunyai premis/bangunan yang lebih besar.

  • Meningkatkan imej PERTIS dalam kalangan OKU Penglihatan dan masyarakat.

Isu Utama :

  • Tahun 2022 ini PERTIS telah beroperasi selama 27 tahun, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kerohanian Islam OKU penglihatan. Dengan keupayaan yang sedia ada, Pertis menjalankan aktivitinya dan terus tersebar luas hinggalah ke seluruh pelusuk tanah air sama ada melalui Pertis Pusat atau cawangannya. Perkembangan pesat Pertis pada hari ini meletakkan keperluan kepada prasarana yang lebih baik, bagi memenuhi keperluan komuniti OKU penglihatan pada masa hadapan.

  • Pada awal operasi hinggalah tahun 2015, pihak Pertis hanya menjalankan operasinya di satu unit pejabat di No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Berikutan penambahan operasi dan peningkatan keperluan penerbitan, pada Julai 2015 pihak Pertis telah pun menambahkan satu lagi pejabat operasinya di 42A, Jalan Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur.

  • Dengan perkembangan pesat operasi Pertis untuk kepentingan OKU Penglihatan, keperluan kepada premis yang mempunyai ruang yang lebih besar amat diperlukan bagi menampung keperluan operasi. Kedudukan Premis yang terpisah ini amat menyukarkan kakitangan dan OKU Penglihatan untuk berurusan dengan pihak PERTIS dan menelan kos yang tinggi. Penyatuan operasi-operasi Pertis di dalam satu bangunan adalah amat mustahak agar pentadbiran dan operasi PERTIS menjadi lebih efisyen dan dapat minimumkan kos pengurusan. Ruang pejabat yang kecil menyebabkan pihak persatuan terpaksa menyewa premis lain terutama apabila menjalankan program yang melibatkan OKU Penglihatan yang ramai. Pada masa yang sama, pertimbangan kepada kos termasuklah sewaan dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Oleh itu, keperluan kepada memiliki premis sendiri adalah amat mendesak.

Lokasi :

  • Kuala Lumpur

Ciri-ciri Premis/Bangunan yang diperlukan :

  • Lot bangunan 4 tingkat

  • Lokasinya berdekatan dengan kemudahan awam yang baik dan mudah diakses oleh OKU Penglihatan. 

  • Ruang dalam premis yang bersaiz besar (1739.943 kaki persegi bagi setiap tingkat)

Perancangan Pembangunan Premis

  • Tingkat bawah: Dewan untuk perlaksanaan program. 
  • Tingkat 1: Pejabat Pentadbiran dan ‘One Stop Centre’.
  • Tingkat 2: Pusat Penerbitan dan Perpustakaan
  • Tingkat 3: Bilik kuliah untuk kelas pengajian OKU Penglihatan Islam.

Penerima manfaat :

  • Kakitangan PERTIS

  • Ahli-ahli PERTIS

  • OKU Penglihatan seluruh Malaysia

Gambar :

  • Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
  • Mengumpulkan dana bagi membantu penghasilan Al-Quran Braille khusus untuk OKU Penglihatan di seluruh Malaysia. Projek ini dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).
  • Lebih ramai OKU Penglihatan dapat memiliki Al-Quran braille secara percuma dan berpeluang mengikuti kelas pengajian quran braille.
  • Mewujudkan masyarakat inklusif.Peranan masyarakat juga amat penting dalam menyantuni OKU amnya dan OKU Penglihatan khususnya. Justeru, pengupayaan masyarakat terhadap OKU Penglihatan akan membantu mereka untuk hidup berdikari dan memperolehi hak-hak mereka sama seperti orang lain. Halangan-halangan sikap dan persekitaran dapat diminimumkan akan membantu OKU Penglihatan merasai hidup yang lebih kondusif.
  • RM 1,357,200 iaitu merangkumi pencetakan, pembelian mesin baharu, servis mesin, kos kertas, dan sebagainya.

Kutipan ini akan dimanfaatkan untuk golongan OKU Penglihatan di seluruh Malaysia.

  • Berlakunya kelemahan mempelajari al-Quran di kalangan OKU penglihatan sehingga menyebabkan mereka langsung tidak mampu memahami bacaan al-Quran
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!