Tabung Kecemasan Jiwa Peduli

Peduli itu Tanda Keimanan Meningkat
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” 

APA ITU JIWA PEDULI?

Tabung Kecemasan Jiwa Peduli mula dilancarkan oleh Yayasan Maghfirah pada bulan Julai 2021 yang pada asalnya merupakan sebuah tabung kecemasan untuk membantu keluarga atau individu yang terjejas kesan daripada penguatkuasaan PKP

Bantuan untuk keluarga ibu tunggal yang terjejas pendapatan

Agihan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu kota

Agihan kepada penduduk pendalaman Sabah

Sejak tabung ini ditubuhkan,

lebih daripada 12,000  keluarga & individu yang telah berjaya dibantu 

terdiri daripada asnafibu tunggal, dan OKU merentasi sempadan Kawasan & negeri

KAMI INGIN MENGAJAK ANDA BERKONGSI SAHAM PAHALA INI

Melihat kepada kejayaan tabung ini dalam membantu meringankan beban insan-insan yang memerlukan.

Kami ingin anda bersama menyertai misi kami untuk mencapai & menyantuni seramai boleh golongan yang memerlukan di luar sana dengan menyumbang untuk Projek Tabung Kecemasan Jiwa Peduli

Tahun ini kami bukan hanya memfokuskan bantuan kebajikan fizikal & keperluan harian secara one-off tetapi kami juga akan memfokuskan kepada program kebajikan yang bersifat pembangunan rohani.

Program Kebajikan Jiwa Peduli merangkumi

MARI WAKAFKAN PAHALA UNTUK ORANG-ORANG TERSAYANG

Untungnya anda masih ada di dunia ketika ini,, dapat berpeluang membantu orang-orang tersayang yang berada di alam barzakh.

Infaq yang anda lakukan ini ibarat sungai yang mengalir kepada orang-orang yang kita niatkan.

Justeru marilah sahut rayuan sumbangan kami ini. wakafkan pahalanya untuk ibubapa sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka

niatkan di dalam hati

“Ayah…ibu inilah hadiah terbaik dari saya, pahala ini untuk kalian…”


Semoga urusan tuan/puan dipermudahkan untuk melakukan amal ini.

Butiran Barangan Agihan

  • Beras
  • Tepung
  • Gula & Garam
  • Kicap
  • Biskut
  • Sardin
  • Minyak Masak
  • Susu, Tepung, & Lampin

Pakej Sumbangan

✅ Bantu 10 Keluarga : RM 1000.00 

✅ Bantu 5 Keluarga  : RM 500.00

✅ Bantuan Barangan Asas, susu, & Lampin : RM 150.00

✅ Bantu Barangan Asas : RM 100.00

✅ Peduli 2 : RM 50.00

✅ Peduli 1 : RM 30.00

Penyumbang Terkini

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial