Yayasan Maghfirah

Tabung Iqbal Khalid Initiative

#UPDATE BANTUAN KEPADA ADIK FIRDAUS YANG MENGALAMI PENYAKIT CEREBRAL PALSY
Alhamdulillah baru-baru ini wakil I-Medik yang merupakan rakan kerjasama Yayasan Maghfirah berkesempatan menziarahi adik Firdaus untuk melihat perkembangannya.
Kami juga telah menyerahkan bantuan pampers, susu pedisure dan duit perbelanjaan yang diperlukan oleh adik Firdaus.
Ibu adik firdaus merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam tabung Iqbal Khalid Initiative. Bantuan ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarganya dan memberi kekuatan serta semangat kepada beliau untuk terus menjaga anak syurga ini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih atas bantuan I-Medik membimbang beliau untuk membuat permohonan kad OKU dari JKM dan bantuan zakat Melaka. Alhamdulillah permohonan sedang dalam proses. InsyaAllah
Doakan semoga segalanya dipermudahkan dan semoga Allah meringankan hisab kita semua di akhirat nanti dengan keberkatan kita membantu orang yang dalam kesusahan. Amin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *