Yayasan Maghfirah

Waris Perwira

Kesibukan wira-wira negara dalam mempertahankan keamanan negara, menyebabkan mereka terpaksa berkorban masa serta menghadapi kekangan untuk sentiasa bersama dengan keluarga. Oleh itu, Waris Perwira merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melahirkan rasa kebersamaan rakyat terhadap perjuangan dan pengorbanan wira-wira negara. Selain itu, Projek Waris Perwira menjadi bukti penghargaan buat para pejuang yang berkhidmat demi anak bangsa dan negara.

Sumbangan daripada Projek Waris Perwira ini akan digunakan bagi menyediakan set pakaian persekolahan buat anak-anak tentera.

Projek ini diharap dapat memberikan semangat kepada anak-anak tentera supaya mereka berasa dihargai sekaligus memberi sokongan kepada pejuang negara.

من جهز غازيا في سبيل الله فقد غازا ومن خلف غازيا في أهله بخير فقد غازا

“Barangsiapa yang membantu untuk persiapan berperang seorang tentera islam, maka sesungguhnya dia pun turut berjihad.”

Perkembangan Waris Perwira

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram