Yayasan Maghfirah

Tahfiz Peradaban

Projek Quran For All merupakan projek infaq dan pelupusan Al-Quran. Projek ini memberikan fokus kepada pengumpulan dana bagi membeli, mengagihkan dan melupuskan Al-Quran yang telah lama atau rosak, ataupun kerosakan akibat bencana seperti banjir dan lain-lain.

No Akaun Rasmi Yayasan Maghfirah: CIMB: 8603221427

Sila Letakkan rujukan : Infaq Al-Quran

Pek
Barangan Asas
Kit
Ramadhan

Jenis Sumbangan :

tahfiz peradaban

Jom Jayakan Misi Santuni 50,000 Asnaf Di Bulan Mulia.

Projek Quran For All merupakan projek infaq dan pelupusan Al-Quran. Projek ini memberikan fokus kepada pengumpulan dana bagi membeli, mengagihkan dan melupuskan Al-Quran yang telah lama atau rosak, ataupun kerosakan akibat bencana seperti banjir dan lain-lain.

Al-Quran adalah syafaat utama dalam hidup orang Mukmin. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.    (Riwayat al-Timmirzi (2910)

Proses pelupusan al-Quran dijalankan dengan kerjasama Yayasan HubbulQuran bagi memastikan al-Quran yang lama atau rosak dilupuskan dengan cara yang betul.

Sasaran Untuk Infaq Al-Quran ini adalah

RM 500,000!


Antara golongan yang akan menerima pengagihan al-Quran secara percuma ini adalah:

  1. Golongan asnaf di bandar dan luar bandar
  2. Anak-anak yatim
  3. Rumah-rumah kebajikan dan perlindungan
  4. Mangsa-mangsa bencana
  5. Masjid dan surau yang memerlukan

Melalui infaq ini, kita dapat memberi peluang kepada orang yang kesusahan untuk mendapatkan al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Berganda-ganda pahala yang kita dapat asbab daripada infaq al-Quran ini selagi ia masih diamalkan dan digunakan. Sesungguhnya al-Quran memberi syaafaat kepada kita:
“Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”. (Riwayat Imam Ahmad)
Ramadan merupakan Syahrul Quran. Sayangnya, jika pertemuan kali ini disia-siakan lagi dengan tidak berbuat kebaikan. Ayuh infaq Quran dengan kami!

Pakej berwakaf / berinfaq:
RM 60.00 untuk 1 Al-Quran

Sumbangan Anda Amat Bermakna Buat Mereka

Perkembangan Infaq Al-Quran

Anjuran

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram