Yayasan Maghfirah

Tabung Peniaga Kecil

Tabung Peniaga Kecil merupakan salah salah inisiatif Yayasan Maghfirah dalam usaha membantu masyarakat terutamanya peniaga kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Wabak yang melanda negara memberi kesan kepada masyarakat. Ada antaranya yang dibuang kerja dan terpaksa memulakan perniagaan untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun, mereka menghadapi kekangan apabila tidak mempunyai peralatan dan modal perniagaan yang mencukupi.

Atas sebab itu, Yayasan Maghfirah membuka satu peluang untuk orang ramai menginfaqkan harta bagi membantu peniaga kecil yang memerlukan untuk menampung keperluan hidup mereka.

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
[رواه البخاري ومسلم]

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Perkembangan Tabung Peniaga Kecil

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram