Sekolah Tahfiz Angkat YM

Maahad Imtiyaz yang terletak di Ipoh adalah merupakan salah satu Maahad berprestasi tinggi di Perak. Matlamatnya adalah untuk melahikan “Generasi Huffaz Harapan” yang cemerlang, intelek, sahsiah dan berjaya mendepani cabaran masa depan berpandukan kepada Al-quran dan As-sunnah.

Kerjasama yang baik di antara YM dan Maahad Tahfiz Imtiyaz akan membuka peluang yang lebih cerah kepada kanak-kanak miskin bandar yang berada di dalam Program SAQ untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah dengan berlatarbelakangkan pendidikan islam serta pembelajaran akademik.