Yayasan Maghfirah

Bantu Pusat Dakwah OKU Ramadan

Bantu Kami Hadiahkan Pusat Dakwah Untuk Persatuan OKU Penglihatan.

No Akaun Rasmi Yayasan Maghfirah: CIMB: 860322142

Sila Letakkan rujukan : Pusat Dakwah OKU

Pek
Barangan Asas
Kit
Ramadhan


Jenis Sumbangan :

Pusat Dakwah OKU

Bantu Kami Hadiahkan Pusat Dakwah Untuk Persatuan OKU Penglihatan

Ayuh bantu agar Ramadan yang akan datang PERTIS tidak perlu menyewa untuk mengadakan program, majlis keagamaan dan kelas-kelas ilmu kepada para OKU.


Sudah hampir 7bulan kami menjalankan kutipan dana untuk membeli bangunan baharu untuk dijadikan pusat dakwah pertubuhan PERTIS kepada orang-orang OKU penglihatan.

Masalah utamanya adalah pejabat pertis yang sedia ada sempit dan tidak cukup untuk melaksanakan program, seminar, majlis ilmu dan kelas pengajian agama yang berskala besar.

Jadi, bila mereka nak buat program besar mereka terpaksa sewa dewan lain dengan kos yang besar. Oleh sebab itu, kami giat menjalankan kutipan sumbangan ini agar PERTIS segera dapat memiliki premis yang besar dan selesa.

Namun jumlah dana yag terkumpul setakat ini hanyalah RM 339 980.52 dan masih jauh lagi dari sasaran yang diperlukan iaitu RM 4Juta.

Untuk bulan Ramadan ini, PERTIS telah menyusun pelbagai program untuk golongan OKU penglihatan namun disebabkan kami masih kekurangan dana untuk membeli premis. PERTIS masih lagi perl mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menjalankan program-program tersebut.

Terkilannya Kami, Jom Pastikan Ramadan Tahun Depan Urusan Mereka Dipermudahkan Untuk Mengadakan Aktiviti Dakwah.

Kami berhasrat untuk memastikan sasaran kutipan dana bagi pembelian bangunan baharu tercapai dalam tahun ini agar semua aktiviti yang dirancang oleh PERTIS dapat berjalan dengan lancar.
berikut merupakan butiran bangunannya

  • Lokasi : Perkeliling Business Centre, Kuala Lumpur.

  • Terintergrasi bersama kemudahan awam seperti MONORAIL & LRT Titiwangsa

  • Ciri-ciri bangunan yang luas dan mempunyai 5 tingkat


Bangunan yang akan dibeli ini akan memberi manfaat kepada PERTIS dalam menjalankan usaha dakwah terutamanya pada bulan-bulan mulia seperti Ramadan yang penuh dengan pengisian program bermanfaat.
Ia akan menempatkan fasiliti:

Dewan untuk perlaksanaan program OKU penglihatan seperti seminar, program iftar dan kelas pengasahan bakat I.T OKU
Pejabat pentadbiran dan 'One Stop Centre'
Perpustakaan penerbitan & perpustakaan.
Bilik untuk kelas pengajian Quran Braille untuk OKU
Asrama kakitangan & OKU memerlukan

BAGAIMANA CARA BERINFAQ?
   Anda boleh pilih pakej infaq mengikut kemampuan:

   • INFAQ RM 10,000 ke atas
   • INFAQ RM 1000 ke atas
   • INFAQ RM 100 ke atas
   • INFAQ RM 50

Mari kita sahut seruan amal untuk membantu saudara OKU muslim kita mendalami agama Lebih-lebih di bulan Ramadan yang mulia ini Rasulullah SAW sentiasa mengalakkan aktviti sedekah kerana mempunyai pelbagai fadhilat & kebaikan.
“Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga Allah SWT memberkati infaq yang tuan/puan lakukan dengan limpahan pahala yang berpanjangan amin YRA

Sumbangan Anda Amat Bermakna Buat Mereka

Jumlah Sumbangan Terkumpul

Jumlah sumbangan yang telah terkumpul mengikut teras – teras pertubuhan Yayasan Maghfirah.

RM 0 +
Teras Dakwah
RM 0 +
Teras Pendidikan
RM 0 +
Teras Kebajikan