Pondok Moden Yayasan Maghfirah

Pondok Moden YM adalah hasil kerjasama Yayasan Maghfirah Malaysia dan Yayasan Maghfirah Bina Umat Indonesia yang terletak di Bongor, Indonesia. Pembinaan pondok moden ini adalah bertujuan untuk melahirkan lebih ramai cendiakawan Nusantara yang menguasai ilmu naqli dan aqli.

Selain itu, Pondok Moden ini juga menjadi pelengkap kepada kitaran pendidikan pelajar-pelajar Program SAQ yang dianjurkan oleh pihak YM. Kami bercadang untuk menaja pelajar-pelajar daripada Program SAQ yang berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi di Pondok Moden YM.