Yayasan Maghfirah

Infaq Telaga Kemboja

Wilayah Pursat merupakan salah sebuah daerah yang ada di Kemboja dan mempunyai banyak kampung-kampung yang terdiri daripada masyarakat Islam. Masyarakat islam di sana masih lagi ketinggalan dari segi keperluan asas kerana mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan sumber air bersih. Kebanyakkan para penduduk masih lagi menggunakan air hujan yang disimpan di dalam tempayan. Para penduduk di sini juga terpaksa mengangkut air dari kawasan tadahan hujan yang jauh dari kawasan tempat tinggal mereka. Pada musim kemarau atau kurang hujan, para penduduk setempat juga terpaksa membeli air yang dijual oleh orang bukan islam.

Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Serantau Muslim berganding bahu bagi menjayakan Infaq Telaga di Kemboja. Sumbangan yang diterima dalam kempen ini akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kemboja.

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580

Perkembangan Infaq Telaga Kemboja

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram