Yayasan Maghfirah

Infaq Pemasangan Solar Surau Kaiboton

Pada pertengahan tahun 2020, Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Pemuda ISMA Sandakan telah berkerjasama dalam membina surau Kaiboton yang terletak di pedalaman daerah Sandakan. Surau ini berperanan sebagai pusat dakwah Islam untuk komuniti setempat, dijadikan tempat berkumpul untuk kelas ibadat seperti kelas pengajian AlQuran, kelas solat, aktiviti korban tahunan dan sebagainya. Walaupun, surau ini telah siap dibina tetapi tidak dilengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik.

Pada malam hari, lampu pelita minyak tanah digunakan untuk menerangi surau ini. Ketiadaan bekalan elektrik juga menyebabkan surau ini tidak dapat digunakan lebih lama pada waktu malam kerana keadaan kawasan sekeliling memang gelap. Aktiviti pengajian keagamaan juga tidak dapat dijalankan pada waktu malam kerana keadaan yang gelap dan kurang selesa.

Perkembangan Infaq Pemasangan Solar Surau Kaiboton

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram