Fantasains

Menurut laporan, jumlah pelajar yang mengambil jurusan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) semakin merosot. Setiap tahun, purata pengurangan adalah hampir 6000 pelajar setiap tahun!. Semakin ramai murid yang tidak berminat dengan sains dan matematik. Bagi murid yang berminat pula, mereka akhirnya terpaksa meninggal topik tersebut kerana dianggap terlalu susah untuk dijawab dalam peperiksaan.

Oleh itu, pihak Yayasan Maghfirah dengan kerjasama daripada pihak AJAR telah melaksanakan Program FantaSains adalah program yang disusun khas untuk pelajar – pelajar sasaran dengan tujuan untuk meningkatkan minat serta kefahaman mereka dalam topik sains.