Yayasan Maghfirah

Bantuan Barangan Sekolah

Projek Bantuan Barangan Sekolah merupakan inisiatif Yayasan Maghfirah sebagai projek pendanaan, khusus bagi membeli pek barangan sekolah.

Covid-19 yang melanda Malaysia memberi kesan kepada segelintir masyarakat. Dengan keadaan pendapatan keluarga terjejas, mereka terpaksa mengutamakan barangan asas berbanding barangan sekolah buat anak-anak. Selain itu, Covid-19 yang melanda juga memberi kesan emosi buat para pelajar kerana mereka terpaksa melalui sistem pembelajaran secara maya serta hilang motivasi untuk belajar. Sehubungan dengan itu, Projek Bantuan Barangan Sekolah dijalankan dengan mengagihkan pek barangan sekolah kepada asnaf dan mereka yang memerlukan dengan harapan ia mampu memberikan semangat kepada para pelajar untuk meneruskan pelajaran.

Firman Allah SWT:
قُلۡ إِنَّ رَبِّی یَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن یَشَاۤءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَیَقۡدِرُ لَهُۥۚ وَمَاۤ أَنفَقۡتُم مِّن شَیۡءࣲ فَهُوَ یُخۡلِفُهُۥۖ وَهُوَ خَیۡرُ ٱلرَّ ٰ⁠زِقِینَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.

(Surah Saba: 39)

Perkembangan Barangan Bantuan Sekolah

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Jumlah Sumbangan Terkumpul

Jumlah sumbangan yang telah terkumpul mengikut teras – teras pertubuhan Yayasan Maghfirah.

RM 0 +
Teras Dakwah
RM 0 +
Teras Pendidikan
RM 0 +
Teras Kebajikan