logoYM2022_melintang.png

Secebis Bahagia Untuk Anak Yatim

PENDANG, RABU – Seramai 42 orang anak yatim dari Amal Solehah Pendang, Kedah telah menerima manfaat sumbangan pek makanan tajaan Skuad Kita Bantu Yayasan Maghfirah melalui sumbangan yang disalurkan. Perasaan sebak kelihatan pada wajah apabila terkenangkan nasib mereka yang tidak mempunyai ibu dan ayah seperti kanak-kanak lain, diberikan ujian sebesar ini walau di usia yang sangat muda. Sungguh kuat anak-anak ini!


Bagai kacang direbus satu, begitulah gambaran perasaan anak-anak yatim  apabila melihat kehadiran Skuad Kita Bantu dan  menerima juadah berbuka puasa yang lazat dan menyelerakan antara yang menarik perhatian mereka ialah ketam masak lemak cili api.


Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan sentiasa memberikan sokongan. Semoga dengan sumbangan dan bantuan kecil ini mampu menceriakan mereka yang kurang bernasib baik. Bulan suci Ramadan adalah antara masa yang terbaik untuk kita sama-sama  melakukan amalan soleh kerana setiap kebaikan akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT dan dihapuskan dosa-dosanya.


Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ayuh infakkan harta dunia kepada anak-anak yatim agar kita dinaikkan darjat oleh-Nya di bulan yang mulia!

Mac 4, 2022 / Yayasan Maghfirah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial