Sukarelawan Yayasan Maghfirah
Berminat dengan kerja-kerja sukarelawanan?
Peluang untuk anda menyumbang tenaga kepada masyarakat bersama kami.
Borang Daftar Sukarelawan
Soalan Lazim (FAQ)
Soalan-soalan lazim berkaitan menjadi sukarelawan Yayasan Maghfirah
Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai Sukarelawan YM?
Anda boleh terus layari laman web rasmi YM; https://yayasanmaghfirah.org/sukarelawan
Adakah terdapat had umur untuk menjadi Sukarelawan YM?
Tiada had umur yang dikenakan. Sesiapa sahaja boleh menyertai sebagai sukarelawan.
Apakah faedah yang diperoleh jika mendaftar sebagai Sukarelawan YM?
Pihak YM tidak menjanjikan sebarang faedah berupa fizikal kepada para volunteer selain sijil penyertaan program. Namun, latihan akan diberikan kepada sukarelawan yang berdaftar dengan YM dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Apakah peranan kami sebagai Sukarelawan YM?
Peranan sukarelawan adalah meliputi pelbagai aktiviti dan khidmat sukarela seperti dalam bidang-bidang kebajikan, pemulihan, pembangunan, pendidikan, keselamatan, kesihatan, dan pemuliharaan alam sekeliling. Selain itu, sebagai sukarelawan, kita sebenarnya membawa semangat kepada para asnaf untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.
Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menyertai sebagai Sukarelawan YM?
Tiada kelayakan khusus atau syarat yang diperlukan untuk menyertai sukarelawan YM. Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai dan tidak mengira faktor umur, bangsa, dan agama.
Adakah pihak YM boleh mengeluarkan surat pengecualian kelas/kerja sekiranya kami perlu menyertai program YM yang dijalankan pada hari bekerja?
Pihak YM tidak dapat mengeluarkan surat pengecualian kelas/kerja sekiranya anda perlu menyertai program YM yang dijalankan pada hari bekerja. Harap maklum.
Adakah pihak YM ada menyediakan pengangkutan ke tempat program?
Pihak YM tidak ada menyediakan pengangkutan ke tempat program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu awal kepada sukarelawan. Harap maklum.
Adakah pihak YM ada menyediakan tempat tinggal sekiranya terdapat sukarelawan YM yang memerlukan bagi sesuatu program?
Pihak YM tidak menyediakan tempat tinggal sekiranya terdapat sukarelawan yang memerlukan bagi sesuatu program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu.
Saya student, boleh ke saya join?
Ya. Anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan YM kerana tiada syarat khusus atau kelayakan yang diperlukan. Anda boleh terus layari laman web rasmi YM; www.yayasanmaghfirah.org dan klik ‘Daftar Sukarelawan YM’ di sebelah kanan atas paparan utama web tersebut.
Boleh ke saya hantar satu kumpulan dari kelas/ kelab Universiti ke program YM atau kerjasama program atas tujuan Corporate Social Responsibility (CSR)?
Ya. Anda boleh hantar kertas kerja / surat permohonan menjadi sukarelawan bagi program YM ke emel yayasanmaghfirah@gmail.com. Kuantiti yang dibenarkan hanya 10 dan ke bawah sahaja untuk setiap program.