Yayasan Maghfirah

Solidariti Bersama Frontliners

27/11/2020 (KHAMIS) – Alhamdulillah. Barang bantuan telah selamat diserahkan di lapangan udara TUDM semalam. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia atas kesudian membantu Yayasan Maghfirah menyampaikan bantuan ke Sabah.
.
.
Semoga bantuan ini dapat memudahkan tugas frontliners kita di sana.
Dan semoga saudara-saudara kita di Sabah dilindungi daripada pandemik Covid-19.
Ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan misi Solidariti Bersama Frontliners 3.0 ini.
.
Sama-sama kita berdoa agar wabak ini dapat diputuskan segera. Amin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *