Banjir Temerloh, Pahang

Banjir Temerloh, Pahang

Hujan lebat diatas Gunung Jerai telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa kampung dan taman perumahan di bawah Gunung Jerai. Banjir kilat yang berlaku ini turut memusnahkan kawasan air terjun Titi Hayun. Kebanyakkan rumah penduduk tempatan rosak akibat banjir kilat yang telah menghanyutkan lumpur dan kayu dari atas gunung.
Objektif Kempen
Meringankan beban mangsa banjir kilat melalui bantuan keperluan semasa di samping dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar cakna dengan kesusahan yang menimpa mangsa-mangsa ini. Selain itu, menjadi wadah bagi orang awam untuk membantu mangsa melalui Skuad Kita Bantu, Yayasan Maghfirah.

Kenapa perlu dibantu
Dengan bantuan yang dihulurkan, nasib mangsa banjir akan lebih terbela dan kebajikan mereka akan terjaga. Keadaan yang mereka hadapi ini boleh menyebabkan trauma dan tekanan jika mereka terpaksa melaluinya sendirian tanpa sebarang pertolongan. Budaya saling membantu turut dapat dipupuk dalam sesebuah masyarakat.

Masyarakat dapat mendekatkan diri dengan rahmat dakwah Islam melalui bantuan yang dijalankan. Beban dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir turut dapat dikurangkan. Dengan menghulurkan bantuan ini juga dapat menggalakkan budaya saling membantu antara masyarakat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganaiya dan tidak akan dianaiya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
Riwayat al-Bukhari (2442)
Senarai Pakej
Jenis Bantuan
21-24 Ogos 2021
- Kit kebersihan diri: 100 pek
- Kit ibadah: 100 pek
- Kit makanan kering: 100 pek
- Bantuan pembersihan rumah: 2 buah rumah dibersihkan
- Bantuan kewangan (RM200): Hanya 1 penerima sahaja
- setiap kita bernilai RM50
24-26 September 2021
- Bantuan peralatan rumah: Rak Baju, Rak Pinggan, Blender, Seterika, Papan Seterika, dan al-Quran.
- Bantuan khas (Kak Ros): Tilam, Blender, dan Mesin Basuh.
- Bantuan barangan basah: 300 ekor ayam.
Penerima Bantuan
- 101 keluarga di sekitar kawasan bencana (21-24 Ogos 2021)
- 351 keluarga di sekitar kawasan bencana (24-26 September 2021)