Banjir Klang, Hulu Langat, Selangor

Penerangan Projek

LEBIH 50,000 MANGSA BANJIR KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL & HARTA BENDA

TABUNG KECEMASAN BENCANA : MARI RINGANKAN BEBAN MEREKA SEGERA!

 Menitis air mata melihat keadaan rumah mangsa yang telah dinaiki air dan dipukul ribut.

“adik rasa takut….hujan lebat tak berhenti, ” , rintihan anak kecil berusia 7 tahun.

” air deras masuk dalam rumah mak cik, habis perabot tak sempat nak angkat..”, mangsa banjir di Klang.

Bukan sahaja perabot dan tilam yang rosak gara-gara banjir besar, malah peti ais, mesin basuh dan motosikal untuk kegunaan harian turut tenggelam bersama air.

Yayasan Maghfirah dan Skuad Kita Bantu mengajak Tuan Puan menyumbang untuk ringankan beban mangsa bencana, melalui Tabung Kecemasan Bencana.

Tabung bantuan yang akan diberikan merangkumi:
1) Makanan siap masak (Maghfirah Meal),
2) Pembersihan rumah,
3) Kit kebersihan,
4) Peralatan rumah (tilam & bantal)

Orang yang mengeluarkan harta dalam keadaan susah mahupun senang, sesungguhnya mempunyai ketinggian darjat di sisi Allah SWT.

“Tidak berkurang Harta Orang Yang Bersedekah” (H.R Muslim)

Kami melancarkan TABUNG KECEMASAN BENCANA banjir untuk meringankan beban mangsa banjir di Malaysia


Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan kita. Sabda Rasulullah:

Firman Allah SWT:

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • Pakej Peduli                 : RM30
  • Pakej Ehsan                 : RM50
  • Pakej Prihatin             : RM100
  • Pakej Kasih                   : RM500
  • Pakej dermawan      : RM1000

Penyumbang Terkini

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial