siapa kami

Banjir Ampang, Selangor

Banjir Ampang, Selangor

Banjir kilat telah berlaku di kawasan Ampang akibat hujan lebat yang telah menyebabkan limpahan air sungai berikutan pelepasan air yang banyak daripada empangan. Terdapat sebanyak 127 buah rumah mangsa yang terjejas dan kawasan yang terlibat adalah Kg Jawa.  

Objektif Kempen

Meringankan beban mangsa banjir kilat melalui bantuan keperluan semasa di samping dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar cakna dengan kesusahan yang menimpa mangsa-mangsa ini. Selain itu, menjadi wadah bagi orang awam untuk membantu mangsa melalui Skuad Kita Bantu, Yayasan Maghfirah.

Kenapa perlu dibantu

Dengan bantuan yang dihulurkan, nasib mangsa banjir akan terbela dan kebajikan mereka akan lebih terjaga. Keadaan yang mereka hadapi ini boleh menyebabkan trauma dan tekanan jika mereka terpaksa melaluinya sendirian tanpa sebarang pertolongan. Budaya saling membantu turut dapat dipupuk dalam sesebuah masyarakat.

Masyarakat dapat mendekatkan diri dengan rahmat dakwah Islam melalui bantuan yang dijalankan. Beban dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir turut dapat dikurangkan. Dengan menghulurkan bantuan ini juga dapat menggalakkan budaya saling membantu antara masyarakat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

 “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganaiya dan tidak akan dianaiya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Riwayat al-Bukhari (2442)

Senarai Pakej

Jenis Bantuan

  • Tilam dan bantal: 50 buah
  • Makanan asas: 43 pek
  • Bantuan pembersihan: 3 buah rumah

Penerima Bantuan

  • 50 buah keluarga

Penyumbang Terkini

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!