Yayasan Maghfirah

Serahan Dana RM530, 000 Infaq Al-Quran Braille & Mesin Pencetak Braille

SERAHAN DANA RM 530,000 UNTUK PROJEK INFAQ AL-QURAN BRAILLE & PROJEK INFAQ MESIN PENCETAK BRAILLE

Hari ini (23/12/2020) telah berlangsung majlis penyerahan dana kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) untuk tujuan menjayakan projek Infaq Al-Quran Braille & Infaq Mesin Pencetak Braille.

Majlis diadakan di pejabat Yayasan Maghfirah disertai oleh Pengerusi Ahli Pemegang Amanah; Tuan Haji Mohd Sahrulariffin Ab Manan, YDP PERTIS, Tuan Mohd Faizal Che Yusof, Ikon Projek YM-PERTIS Khairul Azmi bin Saat (Caliph Buskers), Penasihat Syariah merangkap Ikon Yayasan Maghfirah, Dr Ahmad Sanusi Azmi, Tuan Fakrur Radzi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Maghfirah, saudara Aulia Rahman Pengurus Besar Yayasan Maghfirah serta seluruh barisan staf YM.

Upacara kemuncak adalah serahan mock check berjumlah RM 330,000.00 sebagai dana untuk Infaq Mesin Cetak Braille dan RM 200,000.00 untuk Infaq Al-Quran Braille.

Setinggi-tinggi perhargaan kepada tuan/puan yang sudi berinfaq menyumbangkan dana untuk kedua-dua kempen ini semoga Allah membalas amal ini dengan ganjaran pahala yang besar.

Alhamdulillah hasil infaq tuan/puan kempen Infaq Mesin Cetak Braille telah berjaya mencapai sasaran dana kutipan. Mari kita bantu untuk mencukupkan dana bagi tujuan Infaq Al-Quran Braille untuk OKU penglihatan seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *