Yayasan Maghfirah

Sambut Nuzul Quran – 17 Ramadan

Proses turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW mengambil masa 23 tahun secara beransur-ansur. Alhamdulillah, apabila sampai kepada kita, al-Quran sudah berjilid dan sempurna.
Sayangnya jika kita tak pandai hargai al-Quran yang menjadi panduan hidup kita. Kerana mereka yang membaca al-Quran akan mendapat syafaat di hari kiamat nanti.
1 huruf yang kita baca dapat 10 pahala. Kalau kita baca 20 huruf, 30 huruf atau 100 huruf? Ya Allah, maka berganda-ganda pahala yang kita dapat setiap hari dengan membaca al-Quran.
Tak ada kerugian untuk mereka yang membaca al-Quran, malah mendapat ketenangan dan rahmat.
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di rumah-rumah Allah sambil membaca Kitabullah dan saling mempelajari sesama mereka kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan rahmat serta malaikat akan menaunginya dan mereka akan diingat di sisi Allah”. (Riwayat Muslim)
Bertepatan dengan sambutan Nuzul Quran (17 Ramadan), ayuh bersama Yayasan Maghfirah dalam kempen Infaq al-Quran. Hadiahkan mereka yang memerlukan dengan al-Quran yang baharu dan sempurna.
Berapa banyak ganjaran pahala yang kita akan dapat nanti? Pertama, pahala infaq al-Quran. Kedua, pahala dari mereka yang membaca dan mempelajari al-Quran. Malah, sampai ke liang lahad pun pahala akan terus menerus mengalir bagai air. Subhanallah, hebatnya infaq.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *