Yayasan Maghfirah

Mari Membantu OKU Penglihatan Untuk Hadiri Kelas Belajar menggunakan Al-Quran Braille

Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Riwayat Muslim, No. 804:

“Bacalah oleh kalian al-Quran. Kerana ia (al-Quran) akan datang pada Hari Kiamat kelas sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya”.

Oleh itu, Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) mewujudkan kelas Sahabat al-Quran (SAQ) khususnya kepada golongan OKU penglihatan.

Untuk merealisasikan hasrat ini kami memerlukan jumlah dana yang besar:

DANA DIPERLUKAN : RM 400,000.00

Hal ini kerana kelas SAQ menyediakan guru-guru berkemahiran dalam mempelajari al-Quran kod Braille untuk memandu dan memberi tunjuk ajar kepada golongan OKU penglihatan.

Yayasan Maghfirah dan PERTIS mengadakan perincian kelas seperti yang berikut:
a) Menyediakan 10 kelas pengajian dengan kapasiti 5 orang dalam satu kelas.
b) Setiap kelas mempunyai seorang guru al-Quran Braille.
c) Kelas berlangsung sekali seminggu dan berdurasi 2 jam.

Marilah bersama-sama kita menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai lagi dapat hadir kelas dan pandai baca al-Quran.

Pakej yang disediakan untuk sumbangan SAQ Braille:
1) PERAK : RM100
2) EMAS : RM200
3) BERLIAN: RM300
4) Kelas Pengajian + Quran Braille : RM500

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *