Yayasan Maghfirah

Remaja Kita Semakin Leka

Wahai Sahabatku.
Sedarkah bahawa dalam situasi tidak bersekolah. Remaja semakin leka dengan telefon bimbit. Permainan atas talian jadi rutin harian mereka. Tanpa kita sedari, anak kita jadi degil, memberontak & tidak mendengar kata. Jika tidak dikawal, rosak akhlak seluruh remaja.
Tanpa kita sedari, generasi remaja akan musnah. Seumpama barah yang merosak jiwa.
Inilah senario yang kita hadapi saat ini.
Kerana itu, didiklah hati anak kita supaya membaca AlQuran. Semaikan dalam hati rasa cinta dgn Al-Quran. Wujudkan suasana budaya membaca AlQuran di rumah kita.
Ini tanggujawab kita sebagai Ibu Bapa.
Berusahalah dengan bersungguh sungguh.
Bukan sekadar bagai melepaskan batuk di tangga. Jangan nanti bila kita bertemu dengan Allah, kita pula yang akan ditanya.
Sekadar coretan dari saya yang hina.šŸ˜¢
Assalammualaikum.
.
Kredit : Zack Haimiredzuan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *