Yayasan Maghfirah

Puan Aisyah Menghidap Strok Hampir 4 Tahun

Sebak melihat keadaan puan Aisyah yang menghidap strok sebelah badan hampir 4 tahun. Beliau dijaga oleh suaminya yang juga mempunyai sakit jantung.

 

Pendapatan keluarganya bergantung dengan pekerjaan suaminya sebagai peneroka felda. Sebulan sekali beliau mendapat rawatan di poliklinik bandar Jengka, Pahang.

 

Alhamdulillah Yayasan Maghfirah dan I-Medik berkesempatan menziarahi dan menyalurkan sumbangan kepada puan Aisyah sekeluarga.

 

Bentuk bantuan yang diberikan ialan susu Ansure Gold yang diperlukan oleh puan Aisyah. Selain itu, lampin TEANA dan sumbangan duit untuk perbelanjaan puan Aisyah.

 

Doakan semoga puan Aisyah diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *