Yayasan Maghfirah

Penghormatan Rasulullah Buat OKU

1. Rasulullah ﷺ sangat menghormati golongan OKU. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan betapa tingginya penghormatan Nabiﷺ buat golongan ini.

 

2- al-Imam al-Bukhari merekodkan dialog yang berlaku di antara Rasulullah ﷺ dengan ‘Itban ibn Malik, seorang ahli Badr yang telah buta. Oleh kerana sukar untuk ke masjid disebabkan beberapa faktor, Rasulullah ﷺ telah menunaikan permintaan ‘Itban untuk solat bersama dengan beliau di rumah beliau. Demi memuliakan beliau, Rasulullah ﷺ sanggup ke rumah beliau untuk solat bersama.

 

3- Menurut Abu Nu’aim al-Asbahani, Rasulullah ﷺ pernah memuji dan menyanjung Amru ibn al-Jamuh, seorang yang cacat kakinya. Baginda ﷺ memuji beliau dan menggambarkan keadaan beliau yang sempurna di syurga kelak.

 

4- Rasulullah ﷺ meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Abdullah ibn Ummi Makhtum, seorang yang cacat penglihatan untuk menjaga Madinah ketika para pejuang Muslim pergi berjihad. Rasulullah ﷺ juga pernah melantik beliau sebagai juruazan di Madinah.

 

5- Pada hakikatnya, banyak lagi hadis-hadis mengenai bagaimana Rasulullah menyantuni golongan OKU. Perkara ini telahpun dihimpunkan dalam Buku 40 Hadis Tentang OKU.

 

6. Bagi yang berminat untuk membeli boleh hubungi nombor ini atau klik link dibawah untuk pembelian:
atau
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *