Bagaimana Yayasan Maghfirah Berfungsi?
Yayasan Maghfirah (no. pendaftaran: PPAB-04/2018) telah ditubuhkan pada awal 2018 dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha islah umat di dalam bidang pendidikan dan kebajikan. Berpusat di Bandar Kajang, Yayasan Maghfirah komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya.
Menjadi Sebuah Yayasan unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia di bidang pendidikan, kebajikan, perubatan, dan dakwah.
Menjadi yayasan terkedepan di dalam membantu umat Islam yang tertimpa musibah.
Membangun jaringan pendidikan di peringkat rendah, menengah, dan tinggi dengan berpaksikan ajaran islamnahli sunnah wal jamaah.
Membentuk sukarelawan di bidang kebajikan dan pendidikan dengan karakter pendakwah (da’i) yang holistik dan seimbang.

Pendidikan
Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam sesebuah pembangunan diri, agama, dan negara. Oleh itu, Yayasan Maghfirah mengambil insiatif dengan mengumpulkan dana bagi menjalankan program-program Pendidikan tanpa mengira peringkat pembelajaran. Antara program pendidikan yang sedang berjalan seperti Pusat Dakwah OKU, Kelas Sahabat Al-Quran, dan banyak lagi.

Kebajikan
Kebajikan Umat Merupakan kewajipan bersama. Jadi, Yayasan Maghfirah terpanggil bagi menjadi menggerak dana umat dalam program-program kebajikan. Ini merupakan satu inisiatif bersama bagi mengurangkan kadar kesusahan masyarakat. Antara program kebajikan yang sedang berjalan ialah Bantuan peniaga kecil, Siswa Mealbox dan banyak lagi.

Perubatan
Mengumpul dana perubatan bagi membela insan yang mempunyai masalah pembiayaan perubatan termasuklah seperti pembedahan, barangan perubatan, dan sebagainya. Antara program yang sedang berjalan ialah Tabung Perubatan Am dan Tabung Implan Koklea.

Dakwah
Mengumpul dana program dakwah bagi memupuk jati diri masyarakat yang lebih baik sama ada rohani mahupun jasmani. Antara program dakwah yang sedang berjalan ialah Tahfiz Peradaban, Infaq Telaga Kemboja, Pembelian Bangunan Darul Maghfirah di Mesir, dan banyak lagi.
Rakan Kerjasama















