pENGENALAN SEKOLAH YAYASAN MAGHFIRAH

Yayasan Maghfirah bercita – cita untuk membangunkan institusi pendidikan yang mampu melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti dan memahami aspirasi perjuangan dakwah di Malaysia. Kami ingin membina institusi yang menitik beratkan pendidikan dalam sudut rohani, akal dan jasmani. 

Yayasan Maghfirah kini dalam fasa merangka pembukaan Sekolah Rendah Islam Yayasan Maghfirah seawal tahun 2024 dan Maghfirah International Leadership Boarding School (MILBOS) Malaysia pada tahun 2027. Memahami terma Pendidikan Asas Perubahan, Yayasan Maghfirah meyakini guru adalah tunjang kepada arus perubahan yang ingin dibawa. 

Mereka adalah sosok yang akan membina dan melahirkan pemimpin berkualiti di masa akan datang. Dengan Itu, Yayasan Maghfirah dengan Kerjasama Sekolah Tinggi Ilmu Pendidikan Islam (STIPI) memulakan usahasama ini dan berbesar hati ingin membuka ruang kepada tuan/puan untuk bersama – sama memperjuangkan aspirasi ini.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial