Yayasan Maghfirah

Pengalaman Sangat Bernilai Hingga Nilai Wang Tidak Boleh Memilikinya

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia mempunyai pelbagai pengalaman bergantung kepada suasana kehidupan mereka.

Pengalaman ini membentuk peribadi mereka, akan tetapi pengalaman yang pahit tidak boleh dijadikan sebab manusia tidak mahu berubah menjadi lebih baik.

Kadang-kala, pengalaman orang lain juga dapat dipelajari, namun hanya mereka yang mengalami sesuatu peristiwa benar-benar memahami bagaimana pengalaman itu berlaku. Oleh itu, pengalaman perlu dihadapi bukan dicipta sekadar dalam imaginasi.

Dengan pengalaman, manusia dapat menjalani hidup dengan lebih baik. Seterusnya, manusia dapat memahami dan meletakkan kedudukan di tempat orang lain. Alangkah bagusnya jika manusia dapat merendahkan diri dan memahami situasi orang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *