INFAQ PEMBELIAN BANGUNAN PERTIS

Objektif :
Mengumpulkan dana untuk memperkasakan golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia. Projek ini akan memberikan fokus kepada pembelian Premis operasi dan pentadbiran Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).
Keperluan :
Meminimumkan perbelanjaan PERTIS bagi menampung kos sewa yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Menambah kecekapan keseluruhan pentadbiran PERTIS apabila berada dibawah satu bumbung.
Melaksanakan lebih banyak program bagi manfaat ahli kerana mempunyai premis/bangunan yang lebih besar.
Meningkatkan imej PERTIS dalam kalangan OKU Penglihatan dan masyarakat.
Isu Utama :
Tahun 2022 ini PERTIS telah beroperasi selama 27 tahun, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kerohanian Islam OKU penglihatan. Dengan keupayaan yang sedia ada, Pertis menjalankan aktivitinya dan terus tersebar luas hinggalah ke seluruh pelusuk tanah air sama ada melalui Pertis Pusat atau cawangannya. Perkembangan pesat Pertis pada hari ini meletakkan keperluan kepada prasarana yang lebih baik, bagi memenuhi keperluan komuniti OKU penglihatan pada masa hadapan.
Pada awal operasi hinggalah tahun 2015, pihak Pertis hanya menjalankan operasinya di satu unit pejabat di No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Berikutan penambahan operasi dan peningkatan keperluan penerbitan, pada Julai 2015 pihak Pertis telah pun menambahkan satu lagi pejabat operasinya di 42A, Jalan Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur.
Dengan perkembangan pesat operasi Pertis untuk kepentingan OKU Penglihatan, keperluan kepada premis yang mempunyai ruang yang lebih besar amat diperlukan bagi menampung keperluan operasi. Kedudukan Premis yang terpisah ini amat menyukarkan kakitangan dan OKU Penglihatan untuk berurusan dengan pihak PERTIS dan menelan kos yang tinggi. Penyatuan operasi-operasi Pertis di dalam satu bangunan adalah amat mustahak agar pentadbiran dan operasi PERTIS menjadi lebih efisyen dan dapat minimumkan kos pengurusan. Ruang pejabat yang kecil menyebabkan pihak persatuan terpaksa menyewa premis lain terutama apabila menjalankan program yang melibatkan OKU Penglihatan yang ramai. Pada masa yang sama, pertimbangan kepada kos termasuklah sewaan dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Oleh itu, keperluan kepada memiliki premis sendiri adalah amat mendesak.
Lokasi :
- Kuala Lumpur
Ciri-ciri Premis/Bangunan yang diperlukan :
Lot bangunan 4 tingkat
Lokasinya berdekatan dengan kemudahan awam yang baik dan mudah diakses oleh OKU Penglihatan.
Ruang dalam premis yang bersaiz besar (1739.943 kaki persegi bagi setiap tingkat)
Perancangan Pembangunan Premis
- Tingkat bawah: Dewan untuk perlaksanaan program.
- Tingkat 1: Pejabat Pentadbiran dan ‘One Stop Centre’.
- Tingkat 2: Pusat Penerbitan dan Perpustakaan
- Tingkat 3: Bilik kuliah untuk kelas pengajian OKU Penglihatan Islam.
Penerima manfaat :
Kakitangan PERTIS
Ahli-ahli PERTIS
OKU Penglihatan seluruh Malaysia
Gambar :

Apa itu PERTIS ?
- Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
Untuk apa kutipan ini dilakukan?
- Mengumpulkan dana untuk membeli Premis operasi dan pentadbiran Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Langkah ini bagi memperkasakan golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia.
Kenapa pembelian ini sangat penting ?
- Dengan perkembangan pesat operasi Pertis untuk kepentingan OKU Penglihatan, keperluan kepada premis yang mempunyai ruang yang lebih besar amat diperlukan bagi menampung keperluan operasi. Kedudukan Premis yang terpisah ini amat menyukarkan kakitangan dan OKU Penglihatan untuk berurusan dengan pihak PERTIS dan menelan kos yang tinggi. Penyatuan operasi-operasi Pertis di dalam satu bangunan adalah amat mustahak agar pentadbiran dan operasi PERTIS menjadi lebih efisyen dan dapat minimumkan kos pengurusan. Ruang pejabat yang kecil menyebabkan pihak persatuan terpaksa menyewa premis lain terutama apabila menjalankan program yang melibatkan OKU Penglihatan yang ramai. Pada masa yang sama, pertimbangan kepada kos termasuklah sewaan dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Oleh itu, keperluan kepada memiliki premis sendiri adalah amat mendesak.
Berapa yang diperlukan ?
- RM 3,600,000.00 iaitu bangunan 4 tingkat termasuk aras bawah
Kutipan ini untuk pembelian bangunan sahaja ke ?
Selain pembelian bangunan, Kutipan ini juga akan dimanfaatkan untuk pengubahsuaian bangunan, fasiliti, dan kemudahan di premis setinggi 4 tingkat ini.
Di mana ?
- Kuala Lumpur
Sebelum ni kat mana?
- Pada awal operasi hinggalah tahun 2015, pihak Pertis hanya menjalankan operasinya di satu unit pejabat di No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Berikutan penambahan operasi dan peningkatan keperluan penerbitan, pada Julai 2015 pihak Pertis telah pun menambahkan satu lagi pejabat operasinya di 42A, Jalan Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur.
Siapa penerima manfaat?
- OKU Penglihatan seluruh Malaysia
- Ahli-ahli PERTIS
- Kakitangan PERTIS
Perincian tentang bangunan ini?
- Lot bangunan 4 tingkat
- Lokasinya berdekatan dengan kemudahan awam yang baik dan mudah diakses oleh OKU Penglihatan.
- Ruang dalam premis yang bersaiz besar (1739.943 kaki persegi bagi setiap tingkat)
Setiap tingkat ada apa ?
- Tingkat bawah: Dewan untuk perlaksanaan program.
- Tingkat 1: Pejabat Pentadbiran dan ‘One Stop Centre’.
- Tingkat 2: Pusat Penerbitan dan Perpustakaan
- Tingkat 3: Bilik kuliah untuk kelas pengajian OKU Penglihatan Islam.
Apa yang terjadi kalau pembelian ini tidak dapat dilakukan
- PERTIS Terpaksa tanggung kos sewa yang tinggi sedangkan kos tersebut boleh dimanfaatkan untuk program-program untuk OKU penglihatan di seluruh malaysia.
(HR Muslim)
(HR Muslim)