
Pembangunan
Darul Maghfirah Mesir
Setiap Ibadah di dalam bangunan ini, mengalir pahala buat anda
Infaq Anda Harini akan menjadi saham pahala anda berpanjangan
Projek Raikan Ramadan
    Pembangunan Darul Maghfirah Mesir

Apakah sebab adanya Pembangunan Darul Maghfirah Mesir?
Negara Mesir sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang ingin lanjutkan pelajaran dengan adanya Universiti Al-Azhar, universiti Islam berprestij dunia.
Kemasukan mahasiswa Malaysia di Cairo sahaja sudah mencecah lebih 8,000 pelajar. Namun tidak semua pelajar menerima tawaran biasiswa dan tajaan daripada Mesir atas faktor beberapa negeri yang mengehadkan bilangan penerima kepada 20 orang sahaja.
TANPA TAJAAN, para pelajar daripada latar belakang B40, yang PALING TERKESAN akibat kos yuran dan sara hidup di sana. Ini menyebabkan sebahagian mereka mengambil keputusan, bekerja separuh masa bagi menampung kos di sana sekaligus komitmen belajar TERPAKSA dibahagikan untuk teruskan kehidupan.

Apakah masalah pelajar Malaysia di Mesir?
1. Kenaikan Sewa Rumah
Setelah dibahagikan masa antara menuntut ilmu dan bekerja demi kelangsungan hidup, rumah sewa pula menjadi suatu masalah. Meskipun sistem rumah sewa di Mesir telah menetapkan harga permulaan mengikut kawasan dengan kenaikan sebanyak 10% setiap tahun, tuan rumah MENGAMBIL KESEMPATAN dengan mengenakan CAJ KENAIKAN 15% SEHINGGA 20%! Para pelajar Malaysia juga sering diminta kos tambahan luar daripada kontrak persetujuan bersama. Kesannya, pelajar dihalau keluar tanpa sebarang pulangan deposit.
2. Terbatasnya Kelas-kelas Pengajian Luar Universiti
Sebagai mahasiswa di universiti Islam terbaik dunia, ilmu dalam silibus universiti sahaja tidak cukup. Input-input daripada kelas pengajian luar banyak membantu mereka faham dengan lebih dalam ilmu-ilmu agama. Namun, perubahan sistem oleh kerajaan pada 2013 memberi kesan pada pengajian mereka. KELAS-KELAS PENGAJIAN di luar universiti TELAH DIHADKAN kepada pusat-pusat yang bernaung bawah institut Al-Azhar sahaja. Kelas pengajian tambahan semakin sukar diperolehi dengan bilangan mahasiswa yang tinggi, menyebabkan ruang dan peluang mendapatkan kelas pengajian tambahan agak tipis.
3. Kesulitan Menggunakan Fasiliti Perpustakaan
Tambahan lagi, fasiliti perpustakaan di Mesir sangat terhad. Ada pun kemudahan ini, memerlukan perjalanan selama 1 jam hingga 1 jam setengah dengan MENGEJAR WAKTU OPERASINYA YANG SINGKAT, 9 pagi sehingga 3 petang sahaja. Lokasi yang jauh, tempoh masa yang terhad, para pelajar Malaysia di Mesir tidak mempunyai kemewahan untuk terus membazir wang dan waktu.

Kempen Ini Membantu Bakal Ahli Agamawan Malaysia
Dengan menyediakan prasarana lengkap dengan asrama, perpustakaan, ruang kelas pengajian dan menjadi pusat kebajikan yang menyalurkan bantuan kepada mahasiswa Malaysia di Mesir. Seramai 60 pelajar B40 Malaysia akan menerima manfaat dan akan digunakan generasi seterusnya.
Penerima Bantuan
Mahasiswa Malaysia di Mesir (Golongan B40)
Bantuan yang Disalurkan
Pada tahun 2020, bantuan tajaan tiket penerbangan pulang ke Malaysia pernah disalurkan khas untuk 100 mahasiswa yang tidak berkemampuan.
- i) Bangunan yang mempunyai 7 tingkat ini akan menyediakan:
- Asrama bagi 60 pelajar B40 Malaysia di Mesir
- Sebuah perpustakaan dan 2 buah perpustakaan mini (siswa dan siswi berasingan)
- Sebuah surau
- 4 kelas dan 2 dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu masa
- Dewan makan untuk mahasiswa yang menetap di asrama
- ii) Keperluan bangunan
- 30 katil 2 tingkat
- 60 almari pakaian
- 5 papan putih
- 1 PA sistem
- 10 almari buku
- 10 meja
Jumlah sasaran sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM5,800,000 bagi menyelia bangunan, fasiliti dan menyelenggara kerosakan yang ada.
Inilah Bekalan Kita ke Akhirat
Pembangunan Darul Maghfirah Mesir ini akan bantu memudahkan urusan pembelajaran para pelajar B40 Malaysia dan memberikan ruang kepada mereka untuk fokus sepenuhnya pada pengajian. Moga bantuan tuan/puan bakal melahirkan bakal ahli-ahli agamawan yang berbakti dalam kesejahteraan dan keharmonian Islam di Malaysia.
“Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Besarnya pahala pemberi sedekah! Hasil infaknya dimanfaatkan oleh bakal ahli-ahli agamawan dan terus digunakan generasi akan datang.
Moga inilah amalan yang dijadikan bekalan ke akhirat kelak.
Senarai Pakej
sumbangan anda bermakna buat mereka.
Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :
- PAKEJ SYURGA FIRDAUS : RM 1000
- PAKEJ SYURGA ADNIN : RM 500
- PAKEJ SYURGA NAIM : RM 100
- PAKEJ SYURGA MA’WA : RM 50
- PAKEJ SYURGA DARUSSALAM : RM 30
Penyumbang Terkini



































