Yayasan Maghfirah

Panjatkan Doa Untuk Palestin

Aidilfitri tahun 2021 disambut dugaan yang berat oleh rakyat Palestin. Beberapa hari lalu saudara Muslim kita dibedil dengan ledakan peluru & balingan bom ketika sedang menunaikan solat Tarawih di Masjidil Aqsa.

Mengapa serangan ini merupakan sesuatu yang terkutuk

Zionis merancang untuk mengambil alih masjidil aqsa & menukarkannya kepada tempat ritual Yahudi
Zionis melancarkan serangan roket, jet pejuang & dron ke atas kejiranan di Gaza.
Zionis bertindak untuk menghalau penduduk asal kejiranan Syeikh Al-Jarrah untuk diberikan kepada peneroka Yahudi.

Jumlah kematian sejak petang Isnin 10/5/2021 meningkat kepada 23 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, dan 110 orang cedera.

Dan penderitaan ini belum berakhir, zionis bertekad untuk meneruskan keganasan besar-besaran ke atas masjidil aqsa sempena sambutan Hari kelahiran haram Israel pada 14 Mei ini.

Kita mungkin tidak dapat bersama dengan mereka berjihad di sana, tetapi kita juga boleh berjuang dengan memanjatkan doa agar mereka terus dilidungi serta diberikan kemenangan menentang zionis.

“Ya Allah berikan keselamatan & kemenangan kepada Muslimin di Palestin!” amin YRA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *