logoYM2022_melintang

Kata Aluan
Ketua Pegawai Eksekutif YM

Tuan Muhammad Shuib Bin Norudin
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT penguasa sekalian alam. Yayasan Maghfirah telah mengorak langkah lebih jauh dalam usaha menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di dalam dan luar negara.

Tanggungjawab besar Yayasan Maghfirah ialah berusaha mendidik masyarakat supaya kembali mengamalkan tuntutan agama Islam dalam kehidupan. 

Alhamdulillah, kini YM dalam perancangan mempunyai institusi dan jaringan pendidikan yang tersendiri bermula dari peringkat pra-sekolah sehingga peringkat pengaijian tinggi. 

Tanggungjawab membangunkan generasi masa hadapan yang kompeten ialah peranan ramai pihak. YM bersedia bekerjasama dengan ramai pihak untuk memastikan hasrat murni ini tercapai.

Semoga segala usaha kerdil YM mampu menjadi antara penyumbang kepada mewujudkan sebuah negara Unggul, Cemerlang, Inovatif, hala tuju yang lebih sistematik dan dalam masa yang sama menjadikan Islam sebagai sistem utama dalam kehidupan rakyat secara keseluruhan.

Visi

Menjadi Sebuah Yayasan unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia di bidang pendidikan, kebajikan, perubatan, dan dakwah.

Misi

Menjadi yayasan terkedepan di dalam membantu umat Islam yang tertimpa musibah. Membangun jaringan pendidikan di peringkat rendah, menengah, dan tinggi dengan berpaksikan ajaran islamnahli sunnah wal jamaah. Membentuk sukarelawan di bidang kebajikan dan pendidikan dengan karakter pendakwah (da’i) yang holistik dan seimbang.

0
Jumlah Projek
0
Penerima Manfaat
RM 0 m
Jumlah Agihan
0
Sukarelawan

Terus mendapat kepercayaan

YM terus berkembang dan mendapat kepercayaan terutama dari yang anda percaya.

prof madya dr ahmad sanusi azmi

Duta Rasmi Yayasan Maghfirah

Fedtri Yahya

Pengacara

Ustaz Elyas

Pendakwah

Johan Asari

Pelakon

Azmi Saat

Penyanyi

Rakan Kerjasama

Rakan Media

Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan(kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh orang lain) maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”

[Riwayat Muslim (1893)]

Assalamualaikum,
Selamat Datang!

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial