Yayasan Maghfirah

Nukilan Pengurus Besar

Sekapur sirih daripada pengurus besar Yayasan Maghfirah

Aulia Rahman Zulkarnain

Pengurus Besar Yayasan Maghfirah

Facebook: Aulia Rahman

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji dan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya Yayasan Maghfirah berkembang maju dan mengorak langkah dengan penuh bertenaga sebagai sebuah badan Islam yang memperjuangkan isu pendidikan, kebajikan dan dakwah untuk umat Islam di Malaysia.

Penubuhan Yayasan Maghfirah merupakan menifestasi kepada seruan  untuk berlumba-lumba mengejar kebaikan (fastabiqul khairat), terutamanya dalam amal-amal yang membawa manusia mendekatkan diri kepada tuhannya. Jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak seharusnya disempitkan kepada ibadah khusus semata-mata. Kegiatan amal kebajikan dan pendidikan juga seharusnya dilihat oleh umat Islam sebagai salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sekaligus menggapai redha-Nya. Hal ini dijelaskan di dalam surah al-Insan ayat 7-9 di mana Allah memberikan ganjaran syurga kepada hambanya yang beriman dan menunaikan hak-Nya, di samping memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.

Di negara yang bertuah ini, masih terdapat golongan yang berada dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan serta sokongan dari sudut kebajikan. Begitu pula dari sudut pendidikan dan dakwah, terdapat ruang penambahbaikan yang perlu kita usahakan bagi melahirkan masyarakat muslim yang benar-benar memahami agamanya seterusnya memainkan peranan dalam pembinaan peradaban Islam.

Maka inisiatif yang membawa kepada penyelesaian isu ini perlu ditingkatkan bilangan dan kualitinya bagi menarik perhatian umat Islam untuk menyertai usaha ini. Malah pendekatan dalam menjalankan inisiatif-inisiatif ini juga perlu diperbaharui agar seiring dengan zamannya. Pendekatan kontemporer bukan sahaja memudahakan penyampaian mesej dan bantuan kepada golongan sasar malahan meningkatkan capaian dan kesederan terhadap umat Islam agar turut serta dalam inisiatif yang dijalankan.

Dengan ruang dan peluang yang ada ini, Yayasan Maghfirah meletakkan komitmen untuk merintis pendekatan kontemporer dalam amal kebaikan dari sudut kebajikan, pendidikan dan dakwah Islam. Besar harapan kami pendekatan kontemporer dalam bentuk kempen, program dan inisiatif khusus yang ditawarkan yayasan menjadi ikutan dan sokongan masyarakat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”

Semoga segala usaha yang dirancang diredhai Allah dan diizinkan menjadi salah satu solusi kepada masalah-masalah yang melanda umat Islam. Tidak ada yang lebih diharapkan dan diimpikan kami selain melihat umat Islam di negara ini mampu menjadi umat terbaik (khaira ummah) dan memimpin pembentukan peradaban yang diredhai Allah. Wallahualam.

Play Video

Aulia Rahman Zulkarnain

Wawancara di Studio TV Pertiwi, Bandar Baru Bangi.

Bagaimana untuk bersama

Yayasan Maghfirah

dalam membantu menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Sila buat pilihan yang sesuai dengan anda sekarang

Sumbangan Sekali (one-off)

Derma secara one off untuk kempen-kempen yang sedang kami jalankan.

Sumbangan Berkala (recurring)

Derma secara automatic(bulanan) untuk kempen yang sedang kami jalankan. Kami menerima visa & Mastercard

Daftar Sebagai Sukarelawan

Mari bersama pasukan Yayasan Maghfirah untuk menyumbang kepada masyarakat. Daftar sebagai sukarelawan kami di sini

Agensi & Badan Korporat

Kami terbuka untuk berbincangan sebarang Kerjasama dengan anda.

Hubungi Kami

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan