Yayasan Maghfirah

Mengenai Kami

Pengenalan ringkas berkaitan asas perjuangan Yayasan Maghfirah ke arah menjadi peneraju kebajikan di Malaysia

Yayasan Maghfirah

Yayasan Maghfirah (no. pendaftaran: PPAB-04/2018) telah ditubuhkan pada awal 2018 dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha islah umat di dalam bidang pendidikan dan kebajikan. Berpusat di Bandar Kajang, Yayasan Maghfirah komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya.

Objektif Penubuhan

Yayasan Maghfirah telah mengariskan beberapa objektif iaitu :-

Visi

Misi

Teras

A descriptive paragraph that tells clients how good you are and proves that you are the best choice that they’ve made.

Kebajikan Dan Sosial

Memberi bantuan dan mengadakan program kebajikan untuk meningkatkan taraf sosial untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan seperti miskin tegar, miskin bandar, luar bandar, orang asli dan asnaf.

Pendidikan Dan Ilmu

Membangunkan pendidikan umat Islam dengan menyediakan pelbagai program dan inisiatif berbentuk akademik institusi. Selain itu kami juga komited membina insitusi dan kemudahan pendidikan agar mewejudkan masyarakat Islam yang kukuh dari sudut ilmu dan jati diri.

Al-Quran dan Kefahaman Islam

Mewujudkan program dan inisiatif yang menyumbang kepada kefahaman Islam dan pembudayaan al-Quran dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia tanpa mengira bangsa, usia serta sosio-ekonomi.

Fokus

Kesibukan ibu bapa bekerja dan kesempitan hidup adalah punca kepada masalah akhlak dan gejala sosial anak-anak terutamanya di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) atau lebih dikenali sebagai golongan miskin bandar.

Anak-anak tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna sehingga menyebabkan ramai yang tidak mampu membaca Al-Quran, tidak tahu bersolat dan mempunyai kefahaman Islam yang lemah.

Keadaan rumah yang sesak dan padat juga menyebabkan anak-anak ini banyak meluangkan masa diluar tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Pada usia yang sangat muda dan pegangan agama yang rapuh, mereka sudah terdedah dengan pelbagai dugaan seperti hiburan melampau, budaya melepak, gangsterisme dan ketagihan dadah.

Justeru itu, Yayasan Maghfirah memandang isu ini adalah masalah serius yang perlu dirawat segera. Kini, Yayasan Maghfirah sedang giat membantu anak-anak yang tinggal di PPR ini mempelajari Pendidikan Agama dan Akademik secara teratur sekaligus dapat membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat miskin bandar dan mengurangkan gejala sosial dalam masyarakat.

Bagaimana untuk bersama

Yayasan Maghfirah

dalam membantu menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Sila buat pilihan yang sesuai dengan anda sekarang

Sumbangan Sekali (one-off)

Derma secara one off untuk kempen-kempen yang sedang kami jalankan.

Sumbangan Berkala (recurring)

Derma secara automatic(bulanan) untuk kempen yang sedang kami jalankan. Kami menerima visa & Mastercard

Daftar Sebagai Sukarelawan

Mari bersama pasukan Yayasan Maghfirah untuk menyumbang kepada masyarakat. Daftar sebagai sukarelawan kami di sini

Agensi & Badan Korporat

Kami terbuka untuk berbincangan sebarang Kerjasama dengan anda.

Hubungi Kami

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan