Yayasan Maghfirah

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama One Team Coway

24 Mac 2021 (RABU) – Alhamdulillah telah selesai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Maghfirah bersama One Team Coway.
Kagum melihat semangat One Team Coway ini untuk membantu orang lain sehingga mereka sendiri menawarkan diri untuk bersama-sama dalam projek kebajikan Yayasan Maghfirah
Bukan hanya ingin memberikan sumbangan wang ringgit, tetapi mereka juga ingin turut bersama turun padang agar dapat merasai sendiri kehidupan mereka yang ditimpa kesusahan.
Mereka sangat yakin bahawa lagi banyak mereka membantu orang lain lebih banyak rezeki yang Allah akan limpahkan.
Hasrat mereka hanya satu iaitu ingin menjadi jutawan bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat kelak.
MasyaAllah semoga amal-amal ini Allah terima. Amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *