siapa kami

Taja makanan Iftar untuk perlarian Syria & Lubnan

✅ Taja 4 set [Baju Raya Anak Yatim + Pek Barangan asas] – (RM 1000)

✅ Taja 2 set [Baju Anak Yatim + Pek Barangan Asas] – (RM 500)

✅ Taja Hadiah Untuk Anak-Anak Yatim – (RM 200)

✅ Taja Pek Barangan Asas – (RM 150)

✅ Taja Baju Raya Anak Yatim – (RM 100)

✅ Taja Makanan Iftar 1 keluarga – (RM 40)

✅ Taja Makanan Iftar 1 lot – (RM 20)

"Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (13)]

Kita Sambut Ramadan Dengan Gembira, Mereka Sambut Ramadan Dengan Kelaparan

Pelarian-pelarian Syria hidup dalam keadaan serba daif selepas terperangkap dalam krisis.

Anak-anak yatim, keluarga pelarian, ibu tunggal, asnaf, menyambut Ramadan dan Syawal dengan apa adanya.

tiada kegembiraan……….

tiada kemeriahan………

sedangkan kita meraikan dengan penuh kegembiraan

Baru-baru ini, negara yang mereka menumpang juga mengalami krisis. Cuba bayangkan apa nasib pelarian-pelarian Syria apabila kos sara hidup di Lubnan meningkat dan bekalan gandum, roti juga tidak mencukupi. Rentetan peper4angan yang sedang berlaku, harga bahan mentah terutamanya minyak masak jugak naik mendadak.

Lebih 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022. Mereka tiada peluang untuk mengubah nasib mereka. Hanya berteduh di dalam khemah kanvas. Makanan juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.

Setiap hari mereka berdoa kalau-kalau ada bantuan yang datang kepada mereka, bantuan dari saudara-saudara Muslim lain. Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menggembirakan saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di Lubnan terutamanya. 

Bulan Ramadan, bulan untuk berkongsi rezeki. Merasai manisnya memberi. Hakikat kebahagiaan abadi adalah dengan membahagiakan org lain. Taja makanan iftar mereka, taja baju raya untuk anak yatim, sumbang pek bantuan barangan asas dan hadiah untuk anak yatim Syria antara bantuan yang akan kami sampaikan dari anda semua, para dermawan di luar sana.

Yayasan Maghfirah penjadi penghubung anda yang dermawan di luar sana dengan mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Kempen Ramadan Timur Tengah menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, pelarian, pelajar-pelajar asnaf dan golongan kurang berkemampuan bagi merasai nikmat Ramadan dan Syawal.

Bantuan akan disalurkan kepada :

–          Anak-anak Yatim Syria kerana peperangan

–          Ibu Tunggal dan Keluarga pelarian Syria di Lubnan

–          Pelajar-pelajar Malaysia dan asnaf di Mesir

–          Jemaah umrah yang susah dari India dan Pakistan di Mekah.

Ramadan ini peluang kebajikan untuk kita ceriakan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang berpuasa. Rasulullah sayang pada umatnya yang prihatin pada saudara seislam. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi SAW mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah SWT. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar.

Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.”
Riwayat at-Tabrani
 
Semoga amal dan sumbangan anda membantu pelarian Syria di Lubnan, anak-anak pelajar Malaysia di Mesir dan jemaah umrah asnaf di Mekah diganjarkan dengan limpahan pahala yang besar dan berlipat-lipat ganda. Aamiin..

BAGAIMANA UNTUK MENGINFAQ DAN MENYUMBANG?

Pilih pakej menarik yang disediakan di bawah. Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10 & RM 15 dan sebagainya ke akaun di bawah:

Bank :  CIMB Bank

Nama :  Yayasan Maghfirah

No akaun :  8603221427

Sila letakkan reference “ Iftar01

Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:

https://wasap.my/601164001649/Iftar01

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial