siapa kami

Hanya ada 4 hari di bulan mulia ini!

Jom rebut pahala sedekah pada hari Jumaat di bulan Ramadan

Tabung Kebajikan Yayasan Maghfirah : RM 500

Taja Iftar (10 pax) + Salurkan barangan asas, susu & lampin (1 keluarga) : RM 300

Taja Iftar (10 pax) : RM 150

Infaq Quran 1 Naskhah : RM 60

Bersihkan Jiwa : RM 50

Berkongsi Rezeki : RM 30

Ibnu Qayyim berkata:

"Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya."

Semua pasti sedia maklum tentang kelebihan sedekah pada hari Jumaat.

Kini dengan Ramadan menjelma, kelebihan & fadhilat sedekah pada hari Jumaat telah berganda!

Rasulullah SAW bersabda;

“Maka takutlah kalian (terhadap) bulan Ramadan, sesungguhnya amalan-amalan kebaikan dilipatgandakan pada bulan tersebut (Ramadan) dan begitu juga dengan amalan-amalan keburukan.” (H.R.Thabrani).

Anda tahu banyak pihak yang memerlukan bantuan di luar sana, Tapi anda tak tahu bagaimana nak bantu?

Anda lihat ada orang mengemis di tepi jalan, ada yang tak mampu nak sediakan juadah berbuka untuk isteri & anak-anak. Ada pula kisah insan yang kehilangan rumah sekelip mata kerana bencana, tak kurang juga berita di media massa & media sosial tentang kesusahan & kedaifan saudara seagama kita di luar negara.

Namun, adakah platform yang dapat membolehkan kita membantu mereka semua?

Tabung Bersihkan Jiwa adalah satu inisiatif Yayasan Maghfirah untuk mengumpul dana serendah RM 50 & mengagihkannnya kepada pelbagai projek kebajikan Yayasan Maghfirah

Siapa yang Yayasan Maghfirah akan Bantu?

✅ Bantuan barangan asas utk asnaf
✅ Taja Iftar & Pek makanan
✅ Bantu Saudara Muslim di Lebanon, Syria & Palestine
✅ Infaq Telaga untuk Saudara Muslim di Kemboja
✅ Wakaf kelengkapan asrama & surau untuk pelajar di Mesir
✅ Bantu biaya kos perubatan asnaf

Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!