Aplikasi Quran Isyarat OKU Penglihatan

Penerangan Projek

walaupun memiliki kekurangan, mereka tetap bersemangat mempelajari ilmu agama.
Seperti kanak-kanak lain yang cukup sifatnya, kanak-kanak OKU juga berhak diberi ruang dan peluang untuk hidup bersyariat terutama dalam mempelajari al-Quran dan Fardhu Ain. Kebanyakan ibu bapa yang dikurniakan anak OKU telah menemui jalan buntu apabila kurangnya program yang menerapkan pembelajaran seperti ini dan telah menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa menghantar anak istimewa ini ke pusat-pusat yang ditaja oleh bukan Islam. Usaha Dakwah OKU yang dipelopori Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan Faqeh) melalui penubuhan Akademi Faqeh merupakan inisiatif yang menawarkan kurikulum QurANIS iaitu inovasi Pendidikan al-Quran dan Ibadah bagi Anak Istimewa.
betapa gembiranya melihat mereka belajar ilmu agama sama seperti kita
Bantuan ini akan diutamakan pada anak-anak oku dengan memfokuskan bantuan dari segi :
- Pendidikan al-Quran dan Fardhu Ain
- Kurikulum QurANIS
Dengan sumbangan yang diberi, dapatlah membantu anak-anak Istimewa ini turut lebih mendalami ilmu agama seperti mempelajari Al-Quran dan seterusnya menjadi insan yang lebih baik di dalam masyarakat.
Gambar Kempen
Senarai Pakej
Bagaimana Tuan/Puan Boleh Berinfaq
Tuan/ Puan boleh menyalurkan INFAQ dalam bentuk :
- Infaq Jutawan : RM 1,000
- Infaq Satu Juzuk : RM 500
- Infaq Lima Surah : RM 300
- Infaq Satu Surah : RM 100
- Infaq Satu Ayat : RM 50