logoYM2022_melintang-1024x291

Tabung Kelestarian OKU

Pembangunan Aplikasi OKU Pekak

Dalam konteks membudayakan QUran dalam Komuniti OKU Pekak, permintaan awal daripada komuniti istimewa khususnya daripada Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia(PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan(NESDA) mewujudkan Quran mesra OKU pekak merupakan titik penerokaan terhadap pembangunan Aplikasi Quran isyarat ini.

Aplikasi Al-Quran isyarat ini merupakan aplikasi Quran pertama di dunia dibangunkan berasaskan kajian saintifik dan mengambil kira kekuatan visual dan kelainan upaya.

Kini aplikasi ini telah dinaik taraf dengan paparan rekabentuk terbaharu dan boleh dimuaturun di platform android dan IOS membolehkan komuniti istimew ini melalui proses pembelajaran Quran sebagaimana di tawarkan kepada komuniti tipikal yang terdiri daripada teknik mengenal, menghafal, membaca Quran dengan mengisyaratkan setiap huruf-huruf Hijaiyyah tanpa baris berpandukan Kod Tangan Quran dan memahami isi kandungan QUran berpandukan Jurubahasa Isyarat Malaysia.

Penerokaan kaedah dan teknik pembelajaran Quran ini telah mendapat kelulusan Panel Pakar Syariah Jakim yang bersidang kali ke 103 pada tahun 2020.

Model aplikasi yang dibangunkan ini sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh Komuniti OKU seluruh dunia dimana teknik pembacaan Al-Quran menggunakan kod tangan Quran ini adalah bersifat universal namun apa yang perlu kita faham bahawa pembangunan terjemahan berpandukan bahasa isyarat ini perlu dibangunkan mengikut bahasa ibunda negara masing-masing.

Sasaran dana yang diperlukan dalam pembangunan aplikasi ini adalah sebanyak RM250,000.00.

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda :
“Orang yang paling bijak di antara kamu adalah seseorang yang belajar Al-Quran dan mengejarkannya.”

(Riwayat al-Bukhari (5027)

Bantuan Terapi Anak Istimewa

Setiap kanak-kanak membesar melalui 3 domain utama iaitu pertama domain fizikal ataupun perkembangan fizikal. Kedua, perkembangan kognetif atau pemikiran. Dan yang ketiga, perkembangan dari aspek tingkah laku dan sosial.

Ada sebahagian dari kanak-kanak, tumbesaran mereka ini terganggu. Sebagai contoh, sekitar 8% daripada kanak-kanak mengalami masalah perkembangan dari segi kognetif ataupun kemampuan mereka untuk berfikir dan menguruskan diri. Selain itu, ada juga bentuk-bentuk perkambangan lain yang terganggu seperti masalah dari aspek pertuturan, maslaah dari gangguan Autisme, gangguan dari segi ADHD, ataupun gangguan tingkah laku yang mengakibatkan menjadu kurang fokus dan hyperactive.

Jadi, bagi kanak-kanak dalam kategori ini, mereka tidak mempunyai ubat-ubatan yang khusus bagi membantu mereka menghilangkan keadaan yang mereka alami. Jadi apa yang mereka perlukan adalah terapi bagi meransang perkembangan-perkembangan yang diperlukan hasil dari gangguan yang mereka alami tersebut. 

Golongan ini memerlukan terapi secara berterusan dan mengikut modul dari pakar supaya mereka mampu untuk teruskan kehidupan seperti anak-anak yang lain.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial