siapa kami

Kelas Sahabat Al-Quran

Penerangan Projek

Kelas Sahabat Al-Quran

Kelas ini merupakan sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian Al-Quran dan penerapan asas kefahaman Islam. Sejak permulaannya lagi, kelas Sahabat al-Quran (SAQ) telah dikendalikan oleh Yayasan Maghfirah secara percuma.

Selain itu, kelas SAQ bukan sahaja menekankan pendidikan al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid, tetapi turut menitikberatkan kefahaman mengenai isi al-Quran, praktikal fardu ain dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikkan serta diterjemahkan kepada akhlak dan adab pelajar.

8 Modul Yang Menarik:

  1. Tajwid
  2. Tafsir
  3. Hadith
  4. Akidah
  5. Sirah
  6. Ibadah
  7. Aktiviti Palestin
  8. Aktiviti khas

Kemiskinan Bukan Penghalang Untuk Mendalami Ilmu Agama

Usaha setiap muslim dalam menuntut ilmu agama sangat dipuji oleh Allah SWT. Setiap kesusahan yang dihadapi pasti ada ganjaran pahala yang besar di sisi-Nya. Bila ada keluarga yang tidak mampu memiliki al-Quran atau mempelajari ilmu agama, tak bermakna mereka tiada peluang.

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

Oleh hal yang demikian, setiap tahun Yayasan Maghfirah telah menyasarkan lebih ramai golongan miskin bandar, anak-anak yatim, dan penghuni rumah-rumah kebajikan dapat menyertai kelas SAQ ini.

Apa yang menarik, kelas ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak, tetapi golongan remaja dan dewasa juga berpeluang mempelajari ilmu al-Quran dan agama Islam bersama-sama.

Pembelajaran yang dilaksanakan dalam kumpulan kecil juga memberikan kelebihan kepada guru supaya dapat menyediakan perhatian yang lebih mendalam kepada setiap pelajar yang dibimbing.

“Satu Rumah, Satu Al-Quran”

Slogan, “Satu Rumah, Satu Al-Quran” adalah sebuah impian besar dalam penganjuran kempen ini. Setiap rumah umat Islam di Malaysia sewajarnya menghidupkan amalan membaca dan mempelajari al-Quran. Hal ini juga adalah satu sunnah Nabi SAW yang diutamakan.

Tahun 2022 ini, Yayasan Maghfirah telah menyasarkan hampir 1,000 orang pelajar kelas SAQ. Jumlah perbelanjaan bagi seorang pelajar setahun: RM800, sebulan: RM66, satu sesi pembelajaran: RM9. Terkini, terdapat lebih 20 kelas pengajian al-Quran untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa, khususnya di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Bila kita berjaya membudayakan pembacaan al-Quran dan mengamalkan ilmu-ilmunya dalam kehidupan masyarakat, in sha Allah sahsiah umat Islam secara keseluruhannya mampu dipupuk sehingga menjadi muslim yang sejati.

Al-Quran Mencegah Masalah Sosial Yang Semakin Berleluasa

Majoriti masyarakat PPR tidak mendapat pendidikan agama yang formal atas sebab-sebab ekonomi. Hal ini menyebabkan kebanyakan anak-anak tidak tahu membaca al-Quran dan melaksanakan solat dengan betul.

Di samping itu, pendidikan agama di rumah juga jarang berlaku kerana kesibukan ibu bapa bekerja sehinggakan tidak mempunyai masa mengajar anak-anak. Dalam pada itu, ada juga dari kalangan ibu bapa yang mengakui bahawa mereka sendiri tidak mahir atau tidak tahu membaca al-Quran.

Bila tiada kelas al-Quran dengan kos bulanan yang rendah disediakan sekitar kawasan rumah, lebih sukarlah untuk anak-anak mereka mempelajari ilmu agama.

Oleh itu, kelas SAQ ini telah menjadi inisiatif terbaik Yayasan Maghfirah dalam usaha mengurangkan masalah sosial masyarakat miskin di bandar. Dengan penerapan ilmu dan nilai agama, pastinya akhlak muslim dapat dibentuk dalam jiwa.

Bersedekah Sebagai Amal Jariah, Bekalan Kita Di Akhirat

Di saat kita boleh belajar al-Quran dengan selesa dan seronok, ada lagi yang memang tak mampu memiliki senaskhah al-Quran kerana kemiskinan. Apatah lagi untuk menyertai mana-mana kelas pengajian al-Quran, pasti itu satu impian yang sukar dicapai buat mereka.

Dalam kesenangan hidup yang Allah SWT kurniakan, apa salahnya jika kita berkongsi rezeki sebagai tanda bersyukur. Dalam rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain, dan tangan yang memberi sememangnya lebih baik daripada tangan yang menerima.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)

Bila Tuan Puan taja al-Quran dan kelas SAQ buat mereka yang memerlukan, bayangkanlah pahala yang bakal mengalir buat Tuan Puan setiap kali penerima membaca al-Quran tersebut.

Selagi ilmu yang mereka pelajari dari kelas SAQ dimanfaatkan dalam kehidupan, selagi itulah ganjaran dan kebaikan terus dikurniakan walaupun setelah Tuan Puan meninggal dunia.

Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Ayuh jadikan penajaan al-Quran dan kelas SAQ ini sebagai amal jariah kita. Selamat beramal semua!

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • Kelas SAQ                                                  : RM 50
  • Kelas SAQ + Wakaf Iqra                   : RM 70
  • Kelas SAQ + Wakaf Quran             : RM 100

Penyumbang Terkini

Gambar kempen

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!