siapa kami

Infaq Telaga Kemboja

Alhamdulillah,
Kutipan Infaq Telaga Kemboja Yayasan Maghfirah telah mencapai sasaran.

Namun begitu, masih banyak kempen yang dijalankan, anda boleh klik button di bawah.

Penerangan Projek

Infaq Perigi Kemboja 2021

Semakin hari semakin kita dapat lihat di seluruh dunia sedang mencapai kemajuan yang lebih baik. Hasil dari kemajuan yang diusahakan, ianya dapat memenuhi keperluan kepada ramai golongan. Walaubagaimapun kita tidak dapat lihat perkara ini berlaku di Daerah Pursat, Kemboja.

Di wilayah Pursat ini terdapat banyak kampung yang penduduknya adalah beragama Islam. Keperluan asas mereka di sini masih lagi terhad. Mereka tidak dapat menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi, sehingga terpaksa menggunakan air tadahan hujan yang telah disimpan. Ada juga diantara mereka yang terpaksa membeli air dari orang bukan Islam pada musim kemarau dan kurang hujan.

Objektif Kempen

Yayasan Maghfirah mengajak anda semua untuk bersama merealisasikan kempen Infaq Perigi Kemboja 2021. Projek ini bertujuan untuk memastikan penduduk di daerah Pursat dapat menyediakan keperluan asas yang paling penting iaitu bekalan air bersih dengan mencukupi.

Kempen ini juga dapat meningkatkan taraf hidup penduduk Islam di Pursat khususnya dan dapat menerima manfaat hasil dari infaq anda semua.

Kenapa perlu dibantu

Infaq dari kempen ini dapat membantu meringankan beban penduduk di sini untuk mendapatkan sumber bekalan air yang bersih. Ini dapat memastikan mereka hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna.

Jenis Bantuan

Kempen ini menyasarkan kutipan sebanyak RM 135,000 untuk menyediakan sebuah perigi bagi setiap keluarga yang bernilai RM 1500.00 kos pembinaan perigi tersebut.

Sebelum ini, sebanyak 90 buah perigi telah berjaya dibina di Daerah Pursat dengan kerjasama Kasih Serantau

Penerima Bantuan

  • Penduduk Muslim setempat di Daerah Pursat

Kempen ini kelihatan biasa pada pandangan kita sekiranya kita menilai hasil tersebut hanya air sahaja yang dapat digunakan oleh mereka.

Akan tetapi dalam setiap air yang mengalir dan digunakan oleh mereka secara berterusan ini, manfaatnya adalah untuk mereka di dunia dan menjadi manfaat untuk kita di akhirat. Apatah lagi Infaq yang kita usahakan ini adalah untuk saudara Islam kita sendiri.

Semoga dengan Infaq yang kita berikan untuk kempen ini dapat menjadi saksi dihadapan Allah SWT kelak, In shaa Allah.

InshaAllah Pahala Selama Mengalirnya Air Telaga di sana

Rasulullah SAW pernah bersabda:

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • 1 Penama    :      RM 300
  • 1 Perigi           :      RM 1,500

Penyumbang Terkini

Gambar kempen

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!