siapa kami

Infaq Pembelian Premis PERTIS

Penerangan Projek

Objektif Utama Kempen ini adalah bagi mengumpulkan dana untuk memperkasakan golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia. Projek ini akan memberikan fokus kepada pembelian Premis operasi dan pentadbiran Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Ciri-ciri Premis/Bangunan yang diperlukan:

a) Lot rumah kedai 4 atau 5 tingkat.

b) Lokasinya berdekatan dengan kemudahan awam yang baik dan mudah diakses oleh OKU Penglihatan.

c) Ruang dalam premis yang bersaiz besar (1500 kaki persegi). Perancangan Pembangunan Premis

  • Tingkat bawah: Dewan untuk perlaksanaan program.
  • Tingkat 1: Pejabat Pentadbiran dan ‘One Stop Centre’.
  • Tingkat 2: Pusat Penerbitan dan Perpustakaan
  • Tingkat 3: Bilik kuliah untuk kelas pengajian OKU Penglihatan Islam.
  • Tingkat 4: Asrama kakitangan dan OKU penglihatan yang memerlukan.

Menarik minat anak-anak bereksperimen

Tahun 2020 ini PERTIS telah beroperasi selama 25 tahun, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kerohanian Islam OKU penglihatan.

Dengan keupayaan yang sedia ada, Pertis menjalankan aktivitinya dan terus tersebar luas hinggalah ke seluruh pelusuk tanah air sama ada melalui Pertis Pusat atau cawangannya. Perkembangan pesat Pertis pada hari ini meletakkan keperluan kepada prasarana yang lebih baik, bagi memenuhi keperluan komuniti OKU penglihatan pada masa hadapan.

langkah kanan melahirkan anak-anak sains

Terdapat pelajar yang tidak meminati mata pelajaran STEM kerana mereka merasakan subjek itu membosankan dan tidak penting untuk dipelajari. Mereka juga merasakan matapelajaran STEM ini sukar untuk dikuasai disebabkan oleh kurangnya kefahaman dan latihan. Eksperimen pada topik-topik pelajaran sains turut tidak dilaksanakan.

STEM melatih pelajar untuk berfikir dan mengkaji dengan sistematik bagi menyelesaikan permasalahan. Meskipun pelajar tidak menceburkan diri dalam kerjaya di bidang STEM, ilmu dan kemahiran yang diperolehi melalui latihan pada pembelajaran STEM akan menjadi nilai tambah yang berharga dalam kehidupan.

Jom Menyumbang Untuk Pendidikan Anak-anak Wawasan ini.

2. Pada awal operasi hinggalah tahun 2015, pihak Pertis hanya menjalankan operasinya di satu unit pejabat di No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Berikutan penambahan operasi dan peningkatan keperluan penerbitan, pada Julai 2015 pihak Pertis telah pun menambahkan satu lagi pejabat operasinya di 42A, Jalan Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur.

Jom Menyumbang Untuk Pendidikan Anak-anak Wawasan ini.

3. Dengan perkembangan pesat operasi Pertis untuk kepentingan OKU Penglihatan, keperluan kepada premis yang mempunyai ruang yang lebih besar amat diperlukan bagi menampung keperluan operasi. Kedudukan Premis yang terpisah ini amat menyukarkan kakitangan dan OKU Penglihatan untuk berurusan dengan pihak PERTIS dan menelan kos yang tinggi. Penyatuan operasi-operasi Pertis di dalam satu bangunan adalah amat mustahak agar pentadbiran dan operasi PERTIS menjadi lebih efisyen dan dapat minimumkan kos pengurusan. Ruang pejabat yang kecil menyebabkan pihak persatuan terpaksa menyewa premis lain terutama apabila menjalankan program yang melibatkan OKU Penglihatan yang ramai. Pada masa yang sama, pertimbangan kepada kos termasuklah sewaan dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Oleh itu, keperluan kepada memiliki premis sendiri adalah amat mendesak.

Firman Allah SWT:

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [رواه البخاري ومسلم] 

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Gambar kempen

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • 1 Lot                           : RM 100
  • 5 Lot                           : RM 500
  • 10 Lot                         : RM 1000
  • Seikhlas Hati

Penyumbang Terkini

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!