Alhamdulillah Yayasan Maghfirah kini mempunyai tanah seluas 15 ekar yang pada asalnya terbiar di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Kalau diberi pilihan, adakah tuan/puan hanya ingin membiarkan sahaja tanah ini terbiar dengan semak samun & lalang ataupun tuan/puan ingin menyuburkan tanah ini dengan aktiviti-aktiviti & program keislaman seperti tadarus & kuliah?
Pastinya kita semua akan memilih pilihan kedua kerana ianya ibarat saham pahala yang mengalir kepada kita kerana membantu menghidupkannya
Itulah juga cita-cita besar Yayasan Maghfirah membangunkan tanah terbiar ini menjadi Pusat Latihan & Dakwah yang menghimpunkan sekolah Maahad Tahfiz & juga aktiviti-aktiviti yang bersifat keislaman.