siapa kami

FantaSains

Penerangan Projek

Minat Anak-anak amat penting terutama dalam proses pembesaran. Jadi, tujuan projek ini adalah menyediakan kelas percuma bagi menanam minat belajarĀ  sejak dari akar umbi.

Kelas Praktikal Sains Percuma!

Kempen ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran STEM. Pelajar turut dapat dibantu untuk memahami topik pelajaran sains dengan lebih berkesan melalui aktiviti sains yang menyeronokkan di luar kelas. Kempen Fanta Sains juga bertujuan untuk membimbing pelajar dalam menghayati kepentingan menguasai bidang sains dan menerapkan nilai murni melalui ilmu dan latihan yang disusun ke dalam modul pelajaran.

Menarik minat anak-anak bereksperimen

Bagi memastikan pelajar kurang berkemampuan khususnya yang datang daripada keluarga B40 kebawah dapat mengikuti kelas sains secara percuma. Hal ini kerana anak-anak pada zaman kini perlu mengetahui kepentingan menguasai STEM dan mengubah persepsi mereka yang merasakan sains adalah matapelajaran yang susah melalui modul yang interaktif serta konsep sains yang mudah difahami. Selain itu, sedekah untuk anak-anak yang kurang berkemampuan juga adalah untuk memastikan masa depan mereka tetap terbela.Ā 

langkah kanan melahirkan anak-anak sains

Terdapat pelajar yang tidak meminati mata pelajaran STEM kerana mereka merasakan subjek itu membosankan dan tidak penting untuk dipelajari. Mereka juga merasakan matapelajaran STEM ini sukar untuk dikuasai disebabkan oleh kurangnya kefahaman dan latihan. Eksperimen pada topik-topik pelajaran sains turut tidak dilaksanakan. STEM melatih pelajar untuk berfikir dan mengkaji dengan sistematik bagi menyelesaikan permasalahan. Meskipun pelajar tidak menceburkan diri dalam kerjaya di bidang STEM, ilmu dan kemahiran yang diperolehi melalui latihan pada pembelajaran STEM akan menjadi nilai tambah yang berharga dalam kehidupan.

Jom Menyumbang Untuk Pendidikan Anak-anak Wawasan ini.

Bantuan yang dihulurkan dapat memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan yang tinggal di PPR dan PKR untuk mengikuti program STEM secara percuma. Semoga anak-anak di PPR dan PKR lebih bersemangat untuk belajar sains dan dapat meningkatkan kefahaman dan minat mereka dalam bidang STEM. Sesungguhnya Allah akan melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Firman Allah SWT:

Ų¹ŁŽŁ†Ł’ Ų£ŁŽŲØŁŁŠ Ų­ŁŽŁ…Ł’Ų²ŁŽŲ©ŁŽ Ų£ŁŽŁ†ŁŽŲ³ بْنِ Ł…ŁŽŲ§Ł„ŁŁƒŁ Ų±ŁŽŲ¶ŁŁŠŁŽ Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł Ų¹ŁŽŁ†Ł’Ł‡ŁŲŒ Ų®ŁŽŲ§ŲÆŁŁ…Ł Ų±ŁŽŲ³ŁŁˆŁ’Ł„Ł اللهِ ŲµŁŽŁ„Ł‘ŁŽŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł Ų¹ŁŽŁ„ŁŽŁŠŁ’Ł‡Ł ŁˆŁŽŲ³ŁŽŁ„Ł‘ŁŽŁ…ŁŽ Ų¹ŁŽŁ†Ł Ų§Ł„Ł†Ł‘ŁŽŲØŁŁŠŁ‘Ł ŲµŁŽŁ„Ł‘ŁŽŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł Ų¹ŁŽŁ„ŁŽŁŠŁ’Ł‡Ł ŁˆŁŽŲ³ŁŽŁ„Ł‘ŁŽŁ…ŁŽ Ł‚ŁŽŲ§Ł„ŁŽ : Ł„Ų§ŁŽ ŁŠŁŲ¤Ł’Ł…ŁŁ†Ł Ų£ŁŽŲ­ŁŽŲÆŁŁƒŁŁ…Ł’ Ų­ŁŽŲŖŁ‘ŁŽŁ‰ ŁŠŁŲ­ŁŲØŁ‘ŁŽ Ł„Ų£ŁŽŲ®ŁŁŠŁ’Ł‡Ł Ł…ŁŽŲ§ ŁŠŁŲ­ŁŲØŁ‘Ł Ł„ŁŁ†ŁŽŁŁ’Ų³ŁŁ‡Ł [Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„ŲØŲ®Ų§Ų±ŁŠ ŁˆŁ…Ų³Ł„Ł…]Ā 

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Gambar kempen

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • 1 Lot SumbanganĀ  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  : RM50
  • 1 Pelajar Untuk 1 ProgramĀ  Ā  Ā  Ā : RM80

Penyumbang Terkini

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!