Infaq Pembangunan Darul Maghfirah

Sumber pahala Infaq berpanjangan, untuk anda

Alhamdulillah bangunan Darul Maghfirah telah berjaya diwakafkan untuk anak-anak pelajar Malaysia di Mesir. Terima Kasih kepada para penyumbang. Percayalah sumbangan anda bukan sekadar memberi manfaat jangka pendek, bahkan turut menjadi saham jangka panjang pahala di akhirat kerana bangunan dakwah ini akan kekal digunakan oleh penuntut-penuntut ilmu di Al-Azhar, Mesir.

Inilah bangunan Darul Maghfirah di Kaherah, Mesir. Bangunan ini diuruskan oleh Yayasan Maghfirah cawangan Mesir. Bangunan ini berperanan sebagai pusat dakwah dan kebajikan yang memberi manfaat kepada anak-anak pelajar Malaysia yang menuntut ilmu agama di Mesir, bumi anbiya’ terutamanya mereka yang dari keluarga B40

Projek Pembangunan Darul Maghfirah Mesir berhasrat merealisasikan harapan anak-anak pelajar agama dari keluarga B40 dengan mencari dan mengumpulkan dana untuk menjaga kebajikan mereka. Ayuh sama-sama kita membantu anak-anak penuntut ilmu agama belajar dengan kemudahan yang lebih baik dan selasa. Justeru, melahirkan ulamak-ulamak yang berkualiti

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (sedekah berpanjangan), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim)

Bayangkan bila belajar, golongan fisabilillah yang anda bantu menggunakan kemudahan fasiliti dan bangunan ini, mereka belajar kitab, mereka solat, mereka membaca al-Quran, anda turut mendapat pahala juga. Bahkan pahala yang berpanjangan kerana berturut-turut generasi pelajar di Mesir memanfaatkan infak anda.

Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi pembangunan fasiliti dan kelengkapan di Darul Maghfirah, Kaherah. Sumbangan anda akan menjadi sedekah yang berpanjangan.

SASARAN DANA : RM 2.0 JUTA

Pakej sumbangan adalah seperti berikut:

PAKEJ SYURGA FIRDAUS : RM 1000

PAKEJ SYURGA ADNIN : RM 500

PAKEJ SYURGA NAIM : RM 100

PAKEJ SYURGA MA’WA : RM 50

PAKEJ SYURGA DARUSSALAM : RM 30

 

BAGAIMANA UNTUK MENGINFAQ DAN MENYUMBANG?

Pilih pakej menarik yang disediakan di bawah. Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10 & RM 20 dan sebagainya ke akaun di bawah:

Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No Akaun : 8603221427
Sila letakkan refference : “Mesir01”

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial